CHANEL Boy.Friend Meraikan Sifat Maskulin Dalam Wanita - Glam Malaysia

CHANEL Boy.Friend Meraikan Sifat Maskulin Dalam Wanita

Chanel adalah jenama yang berani dalam mengaburi kod di antara wanita dan lelaki. Melalui koleksi jam tangan Boy.Friend yang diperkenalkan pada 2015, rekaan yang bersifat tulen ini telah menyuntik cita rasa moden pada jam tangan yang meminjam seni kreatif sang jejaka.

 

Jam tangan tidak lagi dilihat sebagai penyeri dan aksesori buat dunia fesyen jejaka. Apatah lagi kini banyak himpunan arloji telah mula memberikan seleksi yang banyak kepada wanita. Maka tidak mustahillah Chanel juga menelusuri pasaran mewah ini dengan cara unik dan tersendiri. Jam tangan dilihat sebagai satu aksesori penting buat jejaka dan ia bersifat maskulin. Lantas, ini membuahkan idea kepada Chanel untuk menghasilkan jam tangan koleksi Boy.Friend yang mengambil ideanya daripada himpunan jam tangan terdahulu mereka yakni koleksi Premiere. Namun, hembusan feminin cukup kuat terasa pada himpunan Premiere membuatkan jam tangan Boy.Friend meraikan rasa maskulin yang ada pada setiap wanita.

 

Rekaan dail yang berbentuk oktagon ini menceritakan idea utama yakni rekaan botol penutup minyak wangian Chanel No. 5. Ia juga diinspirasikan daripada bentuk geometri Place Vendome yang mana di sana terletaknya butik barang kemas Chanel dan juga hotel The Ritz yang telah dibuka semula tahun lalu. Rekaan yang tulen dengan meraikan bentuk berstruktur ini menjadi DNA Chanel serta melunaskan idea kontemporari dan masa sama melestarikan cita rasa klasik jenama mewah Paris ini. Rekaan maskulin itu digahkan lagi dengan cetusan fesyen maskulin lalu digubah lembut agar kekal feminin buat pasaran arloji wanita.

See also
GLAM #GirlSquad: Bahiah Zulkifli, Aina Syahirah & Julie Anne

 

Selain itu, jam tangan Boy.Friend yang baru sahaja dipertontonkan di Basel ini juga meraikan fabrik ikonik Chanel iaitu tweed. Kehandalan artisan Chanel diabadikan melalui tali jam tangan yang mempunyai kemasan seakan fabrik tweed. Corak tweed ini digarap pada tali jam tangan dan memakan masa berbulan-bulan lama untuk mendapatkan tali jam tangan yang cukup selesa. Teknik yang sama digunakan oleh artisan jam tangan dengan para artisan yang membuat jaket tweed Chanel.

 
[envira-gallery id=”68059″]