Pengarah Kecantikan Global Baru Estée Lauder Seorang Youtuber - Glam Malaysia

Pengarah Kecantikan Global Baru Estée Lauder Seorang Youtuber

Violette, selaku jurusolek Perancis yang disegani, telah diseru untuk menyandang jawatan besar di Estée Lauder sebagai pengarah kecantikan global menggantikan Tom Pecheux.

 

“Estée Lauder dan saya juga mempunyai banyak persamaan kerana saya sentiasa menjalankan tugas dengan dia di fikiran saya. Ia masih maisonnya, seperti pepatah Perancis, dan saya hanyalah seorang tetamu,” ujar Violette dalam satu kenyataan.

 

Violette akan menyumbangkan kepakarannya kepada jenama kecantikan global ini melalui pembangunan produk, konten digital, dan pendidikan pengguna (beauty tutorial) dengan menggunakan landasan Youtube miliknya.

 

Jurusolek terkenal ini juga lazim dikenali dengan tkenik solekannya yang memberi fokus kepada satu bahagian di mukanya sebagai statement untuk mendapatkan rupa yang mudah namun tetap menawan.

 

“Fokus saya sekarang adalah untuk menghasilkan produk-produk yang kukuh ibarat anda mempunyai jurusolek peribadi sendiri. Anda tidak perlu berfikir banyak dan bersusah payah dengan teknik-teknik yang sukar,” terang Violette lagi.

 

Wanita berusia 33 tahun ini juga berazam untuk memebrikan nafas baru kepada jenama ikonik ini dan pada masa yang sama tidak lari daripad visi asal Estée Lauder.

See also
Elsa Hosk Teruskan Trend Rambut Bob!

 

“Estée Lauder should be Estée Lauder.”