Koleksi Finale Rihanna x Manolo Blahnik Ibarat Khayalan - Glam Malaysia

Koleksi Finale Rihanna x Manolo Blahnik Ibarat Khayalan

Untuk koleksi terakhir Rihanna bersama Manolo Blahnik, penyanyi tersebut menggunakan item kegemarannya, marijuana, sebagai sumber inspirasi dan juga reference kepada nama koleksi ini: “So Stoned.”

 

Namun apa yang membuatkan koleksi ini tampak istimewa adalah kerana nama yang diberikan oleh Rihanna itu merupakan wordplay ke atas sensasi khayal oleh marijuana dan digunakan untuk menerangkan kepelbagaian batu permata yang digunakan dalam koleksi ini.

 

#RihannaXManolo The #SoSTONED collection….JULY 6. @manoloblahnikhq Pictured above: “Spice”

A post shared by badgalriri (@badgalriri) on

Seperti kebanyakan pengumuman yang dibuat oleh selebriti sejak kebelakangan ini, Rihanna berkongsikan berita gembira ini pada akaun Instagramnya beberapa jam yang lalu.

 

Sepasang daripada koleksi ini telah pun membuat debut semasa Rihanna membuat penampilan dalam video muzik DJ KHaled baru-baru ini.

 

Rihanna dan Manolo Blahnik mengeluarkan koleksi pertama hasil kolaborasi mereka pada Mac 2016 dan “So Stoned” merupakan siri terakhir trilogi penyanyi ini bersama jenama kasut mewah ini.

See also
GLAM Exposé: Amalan Ilmu Hitam Untuk Kesenangan Diri

 

Koleksi ini menampilkan empat stail yang berbeza: Poison Ivy (stileto a la gladiator), Bajan Princess (mule bertumit tinggi), Spice (mule bertumit sederhana), dan Purple Chalice (kasut tumit tinggi dengan straps).

 
[soliloquy id=”67550″]

Kamu boleh dapatkan kasut-kasut ini bermula 16 Julai ini di butik Manolo Blahnik mahupun atas talian di SINI.