Millennial It-Girl: Yoyo Cao - Glam Malaysia

Millennial It-Girl: Yoyo Cao

Yoyo Cao: Blessed with beauty, filled with Asian persuasion.

 

[soliloquy id=”67312″]

 

Apabila berbual tentang scene fesyen di Asia Tenggara, pasti nama Yoyo Cao akan tersenarai. Beliau merupakan seorang gadis yang cukup anggun dari negara jiran, Singapura dan ialah salah satu personaliti tersohor di laman-laman sosial bernada fesyen. Dalam jangka masa kurang tiga tahun, beliau telahpun menempa nama tersendiri di dunia fesyen — dijemput oleh jenama-jenama gergasi sebagai duta serta sebagai tetamu minggu fesyen! Nama beliau yang telah diabadikan di majalah berkulit gloss seperti Vogue, Harper’s Bazaar dan The Cut sekali gus meletakkannya di radar fesyen antarabangsa!

 

Kejelitaan gadis ini terbukti apabila beliau menjadi penghias wajah hadapan majalah Elle versi Singapura pada bulan Ogos 2016. Nilai kesenian serta kemahiran editorial beliau mencuri perhatian label fesyen terkemuka seperti Dior, Fendi, Chanel da Louis Vuitton. Antara klien lain yang beliau pernah bekerjasama sekali ialah Bulgari, The Hourglass, Tiffany & Co., Tod’s, Mont Blanc, Tommy Hilfiger, Coach, dan Roger Vivier. Impressive, huh?

 

See also
Rakan-Rakan Armani Group Meraikan Pembukaan Armani/KL, Malaysia

Tambahan lagi, Yoyo juga memainkan peranan sebagai salah seorang anggota kounsil stail buat The Net Set oleh Net-a-Porter. Oleh yang demikian, tidak janggal jika beliau mempunyai jenama pakaiannya sendiri. Yoyo melancarkan labelnya, Exhibit pada tahun 2010. Buat Minggu Fesyen Singapura 2014, Yoyo melancarkan koleksi runway pertama, sambil berkolaborasi bersama Charles & Keith.

 

Dengan portfolio yang menggerunkan, Yoyo Cao is a name you should watch out for.