Emmy Rossum Diberi Layanan Seksis Oleh Seorang Pengarah Hollywood - Glam Malaysia

Emmy Rossum Diberi Layanan Seksis Oleh Seorang Pengarah Hollywood

It’s 2017 dan masih lagi wujud lelaki yang tidak tahu menghormati seorang wanita hanya kerana jawatannya.

 

Foto: Anthony Behar

Seksisme masih lagi gejala yang berleluasa di Hollywood dan hal ini tidak terkecuali walaupun anda seorang pelakon yang pernah tercalon untuk anugerah Golden Globe seperti Emmy Rossum.

 

Dalam satu sesi diskusi yang dianjurkan oleh The Hollywood Reporter baru-baru ini Rossum berkongsikan kisah jelek itu.

 

“Ejen saya memberitahu saya ‘Saya terlalu malu untuk membuat panggilan ini, tetapi ada satu filem besar dan mereka akan menawarkannya kepada awak. Mereka suka akan kerja anda dalam rancangan tersebut. Tetapi pengarah itu mahu anda datang datang ke pejabatnya dengan memakai bikini. Tiada uji bakat. Itu sahaja yang awak perlu lakukan.”

 

Namun Rossum tidak terus menolak tawaran tersebut kerana dia berfikiran positif dan enggan menolak kemungkinan tawaran yang baik dan bagus.

 

“Saya berfikir sejenak, ‘Bagus atau tidak watak ini?’ Dan untuk sesaat saya seperti ‘Adakah saya akan lakukannya? Hanatr skrip kepada saya. Mungkin watak ini memakai bikini dalam filem ini,” jelas Rossum.

See also
Intai Dunia Fesyen Dari Mata Dior

Namun apa yang didapati oleh Rossum adalah tidak ada langsung babak di mana watak yang dia perlu mainkan memakan bikini mahupun dikehendaki membuka pakaian dalam filem tersebut.

 

“Kami sangat sukakan kerja anda, tapi kami hanya ingin melihat punggung anda,” Rossum mengajuk suara pengarah tersebut.

 

Are you f******g kidding me? Last time I checked, I’m not a f*****g model.