Lebih Butiran Mengenai Ella Clooney & Alexander Clooney - Glam Malaysia

Lebih Butiran Mengenai Ella Clooney & Alexander Clooney

Selain daripada berita kelahiran kembar Beyoncé yang dinanti-nantikan, pasangan kembar George dan Amal Clooney juga meraih perhatian yang banyak daripada peminat dan juga pihak media.

 

Foto: Euan Cherry/WENN.com

Tetapi tidak banyak yang didedahkan oleh pasangan tersebut mengenai pasangan cahaya mata sulung mereka selain daripada nama mereka, Ella Clooney dan Alexander Clooney.

 

Nick Clooney, bapa kepada George, walau bagaimanapun merasa sangat teruja untuk berkongsikan sedikit informasi mengenai cucu-cucunya.

 

George Clooney bersama bapanya Nick Clooney
Foto: Olivier Douliery/ABACAUSA.com

Kalau sebelum ini isterinya, Nina, menjadi individu yang mengumumkan jantina kedua-dua Clooney junior itu dan kali ini Nick berskongsikan detik selepas Amal selamat melahirkan Ella dan Alexander.

 

“Mereka sangat menakjubkan, dan biar saya beritahu anda ini: kedua-duanya sangat vokal,” Nick menerangkan sifat cucu-cucunya kepada Entertainment Tonight.

 

Nick juga memberikan satu nasihat kepada George mengenai hari yang penting buat ibu dan bapa.

 

“Saya menerangkan kepada George mengenai hari cuti ini, yakni Hari Bapa hanyalah hari cuti yang biasa sahaja dan dia perlu membiasakan diri dengan hal ini. Selagi bukan dia yang mendapat stretch marks, dia tidak akan disanjung sebegitu.”

See also
Drama Keluarga Kim Kardashian Persis Orang Biasa?

 

Datuk kepada Ella dan Alexander itu juga memberikan keterangan mengenai rupa fizikal mereka dan perkataan yang digunakan oleh Nick adalah “gorgeous” dan rambut mereka sangat gelap (Thanks, Amal!).