Retorik: Social scenes then and now - Glam Malaysia

Retorik: Social scenes then and now

Teks: Magie Abang Saufi

Cerita mengenai kelompok sosial kalau nak diikutkan sampai esok cerita pun tidak akan habis. Mungkin saya bernasib baik kerana sahabat baik saya atau my soul sister, Datin Ezurin Tunku Yaacob sering membawa saya ke majlis-majlis berprestij di luar negara. Jadi saya cukup masak dengan fiil kelompok sosial dalam mahupun luar negara. Lucu tapi benar, senario dalam mana-mana kelompok sosial there will always be the it girl, the heiress,  and the wannabes… Ahh tentunya saya cam sekali wajah-wajah ini di majlis sosial, tetapi yang paling pening nak melayan yang wannabes ni lah. Uup… Not gonna point fingers at anyone here. Saya kira semua tahu, untuk menjadi sebahagian daripada kelompok sosial yang diikuti ramai perlu memiliki rupa paras menawan, a bubbly personality and of course great fashion sense.

 

Cerita soal gaya, saya akui semua ada gaya. Tapi kalau anda berada di kelompok fesyen, stail fesyen andalah penentu whether you are in or out of the crowd. Kemudian barulah personaliti dan rupa paras anda dinilai. Macam saya, saya tak ikut fesyen. I wear what suits my character or personality. Trademark saya adalah turban, oversized round shades dan aksesori dempak. Misalnya kala saya menemani Datin Ezurin ke majlis Cannes Film Festival pada 2015 ramai yang tertarik dengan gaya yang saya bawa termasuk selebriti A list antarabangsa! You see, if you know how to carry yourself, you’ll be easily accepted by anyone. Mungkin sudah menjadi kelebihan saya untuk senang berbicara walau dengan sesiapa pun, tidak kira tukang sapu sampah, cleaner tandas, atau golongan atasan. The key is just making conversation. Apa yang saya perasan dari dulu sampai sekarang, Pick-up lines yang digunakan di majlis, “Hey, you look so beautiful”, “Oh my God, Is that your brand new handbag?” Dan ada banyak lagi skrip-skrip cliché yang lain. Bagi saya mulakan perbualan dari apa-apa topik pun. Tak perlu terlalu mengampu. Sejak kebelakangan ini saya perasan, banyak sosialit kota sudah mula sibuk bercerita mengenai anak-anak since the it girls nowadays are young mums. Saya kira itu topik menarik.

See also
Raya in the City oleh Fizi Woo

 

Kalau dulu semua tahu Datin Sri Camelia was the it girl dan masih ramai gilakan dia hingga ke hari ini. Pengalaman saya menjaga pembabitan karier seni Camelia sejak 2000 hingga 2010 terlalu banyak kenangan manis kami bersama. Istimewanya Camelia, aura kejelitaan semulajadinya menjadi dambaan ramai. Masih segar diingatan saya, acap kali kami ke majlis-majlis sosial Camelia sepertikan gula kerana hadirnya dia di sesebuah majlis, dia akan dikerumuni ramai seperti seangkatan semut yang mengelilinginya. Semua mahu mendampinginya. Secara tak langsung saya pun terkena tempias itu as I will always be by her side. Fesyennya sentiasa menjadi bualan ramai. Dia lah it girl, dia lah ikon fesyen waktu itu.

 

Social scene dulu dan sekarang banyak bezanya. Nowadays, technological innovation has been a disruptor for traditional ways. Kalau dulu sosialit akan ternanti-nantikan kolum Apa Siapa Di Mana di majalah GLAM pada setiap bulan untuk mengetahui wajah mereka keluar ataupun tidak sewaktu menghadiri majlis. Kuasa veto waktu itu terletak di tangan Puan Editor yang menentukan wajah-wajah A-List yang layak untuk ruangan majalah itu. Itulah platform untuk pembaca mengikuti perkembangan gaya sosialit kota. Begitu eksklusif! Sekarang saya lihat semua boleh jadi sosialit. Semua boleh jadi artis segera dengan wujudnya media sosial. Cuba lihat berapa ramai pemilik akaun Instagram yang mempunyai puluhan ribu pengikut meskipun mereka bukan siapa-siapa pun. With social media, it has brought the platform towards the masses and it is readily available to anyone at any time. Nak intai gambar sesiapa, hanya perlu klik nama atau hashtag. Semua terpampang untuk anda.

See also
Retorik: Faking It

 

Seingat saya pada 2000 ke 2010 wajah-wajah yang wajib dijemput ke majlis-majlis adalah Camelia, Kavitha Kaur, Carmen Soo, Deanna Yussof, Syafinaz dan beberapa nama lagi. Hari ini, wajah-wajah seperti Marion Caunter, Deborah Henry, Scha Al-Yahya, Tengku Jamidah dan Kim Raymond adalah antara nama-nama yang wajib untuk dijemput ke majlis fesyen. Secara jujurnya saya cukup senang dengan fesyen Tunku Aminah Tunku Ibrahim yang minimalis tetapi mempunyai unsur elegan seorang puteri.

 

Masih segar di ingatan saya, dulunya majlis di ibu kota sangat happening. Thanks to Nancy Yeoh who always organised some great parties over the years. Dua, tiga bulan sebelum majlis everyone will be hyper-ventilating if they will get an invitation. Dan dua, tiga bulan selepas majlis, people would still be talking about the event. Begitulah meriahnya sesebuah majlis fesyen pada era itu. Pada saya majlis sosial di ibu kota sekarang tidak begitu meninggalkan impak kepada hadirin. Mungkin salah satu faktor kerana terlalu banyak majlis fesyen pada hari ini. It will be the same hi and bye events. Nothing great to talk about.

See also
Datin X: Datuk Simpan 'Anak Ikan'