Koleksi Futuristik Spring '17 DKNY Untuk Golongan Milenial - Glam Malaysia

Koleksi Futuristik Spring ’17 DKNY Untuk Golongan Milenial

Untuk koleksi Musim Bunga 2017 DKNY, pengarah kreatif bersama Dao-Yi Chow dan Maxwell Osborne memberikan fokus kepada persoalan: what’s next?

 

Untuk menjawab persoalan tersebut Chow dan Osborne yang terkenal dengaa inovasi dan kreativiti dalam rekaan mereka telah menghasilkan koleksi yang menerapkan tema futuristik “Neo Soho.”

 
[envira-gallery id=”65495″]

DKNY yang juga dikenali dengan stail signatur mereka yang clean diberikan nafas baru melalui koleksi ini dalam menunjukkan yang mereka juga bersedia untuk menjalani perubahan untuk menemui permintaan ramai, terutamanya golongan milenial.

 
[envira-gallery id=”65494″]

Koleksi ini juga didapati menggabungkan elemen feminin dengan gaya hidup aktif yang kini mula menjadi stail pilihan ramai. Ceraian sepertu power suits, knits, jersi menonjolkan lagi kontra antara feminin dan maskulin.

 

Tema Neo Soho ini juga turut ditonjolkan melalui pilihan rona warna untuk setiap ceraian mereka bagi menampilkan ciri-ciri bertenaga, yakin dan tidak dijangka seperti biru navy, jingga, putih, nude, dan hitam.

See also
Kenali Sosialit dan Ikon Fesyen Babe Paley