Bella Hadid "Mengelak" Selena Gomez dan The Weeknd Sepanjang Malam di MET Gala? - Glam Malaysia

Bella Hadid “Mengelak” Selena Gomez dan The Weeknd Sepanjang Malam di MET Gala?

As we all know Selena Gomez dan The Weeknd membuat kemunculan pertama mereka di atas karpet merah sebagai pasangan sewaktu acara MET Gala 2017 Rei Kawakubo/Comme des Garçons: Art Of The In-Between semalam.

 

And guess what? Bella Hadid juga turut hadir untuk majlis terbesar industri fesyen di East Coast.

 

Foto: Jennifer Graylock/INSTARimages.com

Orang ramai mungkin mengharapkan Gomez/The Weeknd untuk bersua muka dengan Hadid, tetapi Hadid lebih sneaky sebenanrnya.

 

Hadid yang hadir dengan persalinan bodysuit oleh Alexander Wang berjaya mengelak daripada bersua muka dengan bekas teman lelakinya itu melalui beberapa cara.

 

Foto: Jennifer Graylock/INSTARimages.com

Satu sumber memberitahu E! News yang Hadid tidak dapat dilihat berada dimana-mana berdekatan dengan pasangan tersebut.

 

“Bella sebenarnya berada di luar di bahagian pameran sementara Selena dan The Weeknd sedan menjamu selera di dalam. Anda perlu melalui pameran tersebut untuk sampai ke bilik Temple of Dendur di mana makan malam sedang dihidangkan, jadi Bella tinggal di belakang bersama rakan-rakannya untuk berseronok.”

See also
LUST NIGHT membawakan koleksi terbaru daripada Saint Laurent

 

Ini mungkin kelihatan tidak sengaja tetapi Bella juga dilaporkan lewat untuk majlis makan malam.

Hadid juga dilihat meluangkan kebanyakan masanya di dalam bilik air bersama Lara Stone, Paris Jackson dan juga Ruby Rose.

 

Smart move, Bella.