Modern Parisian Girls Menghiasi Pentas Peragaan Dior - Glam Malaysia

Modern Parisian Girls Menghiasi Pentas Peragaan Dior

Foto: David Lurachi

Apa yang paling ketara semasa pertunjukan koleksi kedua Maria Grazia Chiuri untuk Dior adalah rona warna kegemaran Monsieur Dior navy blue dan juga beret yang dipasangkan untuk setiap gaya yang ditampilkan.

 

Monsieur Christian Dior sendiri pernah mengatakan bahawa antara semua rona warna, navy blue sahaja yang mampu untuk bertanding dengan rona hitam. Chiuri membuktikan kata-kata Monsieur Dior itu melalui koleksi ini.

 

[envira-gallery id=”62998″]

Pentas peragaan yang minimalis juga turut memainkan peranan untuk memberikan highlight kepada koleksi ini dengan menggunakan lampu biru dalam keadaan malap memberikan Musée Rodin suasana seperti waktu malam yang indah.

 

[envira-gallery id=”62996″]

Dengan gaya gadis Paris yang moden dan chic koleksi ini menampilkan ceraian-ceraian menggunakan  denim, wool, manik dan juga keistimewaan Chiuri, iaitu gaun-gaun beralun dengan fabrik yang sheer.

 

[envira-gallery id=”62997″]

Koleksi ini merupakan turutan ceraian-ceraian yang melambangkan emosi, perasaan dan juga memori dan dihidupkan dengan jaket-jaket, skirt, dress, kot dan juga jaket bomber untuk imej yang lebih moden.

See also
Semangat Sukan #MKGO, Koleksi Pilihan Semarak Gaya Musim Luruh

 

Chiuri juga berjaya memberikan imej feminin yang lazim dengan seorang gadis Dior sedikit transformasi dengan menampilkan sedikit elemen maskulin kedalamnya tetapi tidak mengubah imej gadi Dior completely.

 

[envira-gallery id=”62999″]