Guerlain Menampilkan Angelina Jolie Dalam Kempen Wangian Mereka
Kempen wangian terbaru Guerlain, Mon Guerlain, yang menampilkan pelakon dan aktivis Angelina Jolie akhirnya dikeluarkan oleh jenama kecantikan Perancis itu baru-baru ini.
Guerlain berkongsikan sekeping foto di Instagram mereka yang menunjukkan Angelina Jolie kelihatan menawan dan memegunkan seperti biasa:
Jenama tersebut turut mengeluarkan video rasmi kempen tersebut yang diberi tajuk “Notes of a Woman” dengan penampilan Angelina Jolie ibarat berada di alam mimpi.