Minggu Fesyen Milan: Siapa Wanita Baru Milan?
Ikuti kisah pengembaraan GLAM’s very own pengarang fesyen, Aizat Adid tatkala dia berada di kota Milan untuk Minggu Fesyen Milan.
Teks: Aizat Aidid
Minggu Fesyen Milan bermula dengan satu koleksi yang cukup indah. Gucci mengambil peluang dengan menggabungkan koleksi wanita dan lelaki dalam satu pentas yang sama. Sebanyak 120 gaya dipersembahkan oleh Alessandro Michele buat himpunan musim luruh 2017. Semua model berjalan di dalam bekas kaca seperti yang kelihatan di makmal sains meyarungkan cerain yang berinspirasikan daripada koleksi terdahulu Michele.
The journey to mad lab! #guccifw17 #mfw @gucci
A post shared by GLAM Malaysia (@glammalaysia) on
Coco Capitan pula dipilih oleh Michele untuk berkolaborasi bersama. Ada baju yang dihiasi dengan kata pujangga olehnya. Namun, paling menyerlah adalah apabila peragawati yang disarung sut badan yang diperbuat daripada Swarovski kristal lalu menerbitkan rasa seakan makhluk asing yang siap sedia untuk takluk dunia.
Nyatanya kami semua yang duduk di dalam dewan serba ungu itu telah ditakluki oleh kehebatan Michele.
Masuk hari kedua, pagi-pagi lagi sudah dihidangkan dengan himpunan serba chic di pentas Max Mara. Natasha Poly membuka acara dalam persalinan serba merah. Max Mara bijak menguasi pasaran jaket dengan memberikan seribu satu alasan untuk wanita mendapatkan jaket-jaket yang dipersembahkan.
@natashapoly opens for @maxmara #mfw
A post shared by GLAM Malaysia (@glammalaysia) on
Karl Lagerfeld di Fendi mencari sisi wanita yang lain pula kali ini. Jika sebelum ini Fendi membawa wanitanya ke alam fantasi tapi kali ini cukup berbeza. Himpunan musim luruh 2017 Fendi cukup matang. Gaya wanita yang cukup perkasa dilembutkan bersama kasut but tinggi. Ada juga siluet bersifat atletik yang menjadikan koleksi ini cukup relaks. Logo Ikonik Fendi menjadi fokus utama dan digunakan buat subang juga menghiasi beg-beg.
Shoes and bags at @fendi #mfw #fendifw17
A post shared by GLAM Malaysia (@glammalaysia) on
Petang hari kedua diteruskan dengan persembahan Pucci yang sarat dengan percikan rona. Bermula dengan pemilihan palet terang seperti jingga dan hijau neon mungkin memberi rasa baru buat Pucci. Namun siluetnya cukup tidak menyenangkan. Ada peragawati yang dipakaikan topi bersama rambu labuh hingga ke pinggang, ada pula dress berambu yang menyusahkan pergawati untuk melangkah kemas. Melihat koleksi ini seakan anda berada di acara fesyen pelajar fesyen yang mencedok idea daripada jenama lain (Balenciaga?) Acara Pucci diakhiri dengan ceraian bercorak yang menjadi satu DNA buat jenama ini. Buat kali pertama Massimo Giorgetti membuat coraknya sendiri buat Pucci. Mungkin sudah masanya Giorgetti memberi fokus pada arkib Pucci yang kaya dengan motif indah.
The signature prints of @emiliopucci #mfw
A post shared by GLAM Malaysia (@glammalaysia) on
Acara yang ditunggu-tunggu hari kedua adalah Prada. Miuccia Prada adalah insan fesyen paling penting dalam dunia moden sekarang. Tidak mustahillah setiap acaranya ditunggu-tunggu. Para jemputan masuk ke dalam ruang acara yang seakan masuk ke dalam bilik milik anak remaja. Ada katil untuk para jemputan duduk manakala dinding pula dihiasi dengan poster juga gambar-gambar polaroid. Siluet kali ini diambil daripada pelbagai era seperti dress koktel merah yang dipakai oleh Lindsey Wixson yang cukup sesual daripada era 50-an. Ada juga ceraian era 70-an yang corduroy serta skarf kait melilit leher peragawati. Apabila acara berakhir semua bangun memberikan tepukan gemuruh kepada Miuccia Prada.
The fabulous ostrich @prada #mfw
A post shared by GLAM Malaysia (@glammalaysia) on