Hillary Clinton Memberi Ucapan Menghargai Oscar de la Renta
“Oscar de la Renta was an immigrant, and aren’t we proud and grateful that he was”
Sepanjang Minggu Fesyen New York, kita dapat saksikan pertunjukan-pertunjukan yang memainkan peranan dalam menyampaikan mesej yang penting melalui koleksi mereka untuk memberitahu dunia mengenai isu yang sedang dihadapi oleh golongan imigran.
Kemuncak bagi minggu fesyen kali ini merupakan satu majlis penghargaan buat pereka fesyen Oscar de la Renta di Vanderbilt Hall, Grand Central Station yang dihadiri oleh insan-insan yang menyayangi mendiang pereka tersebut.
Anderson Cooper, Anna Wintour, Hillary Clinton dan Michael Bloomberg Foto: Kristin Callahan/ACE Pictures
Antara mereka yang hadir ke majlis tersebut adalah, Anna Wintour, Anderson Cooper, Michael Bloomberg dan ramai lagi untuk meraikan pengabadian Oscar de la Renta dalam bentuk siri “USA Forever” setem.
Foto: Kristin Callahan/ACE Pictures
Hillary Clinton memberikan ucapan yang dinanti-nantikan dengan menceritakan serba sedikit mengenai persahabatnnya bersama Oscar de la Renta sebelum dia menyentuh sedikit mengenai isu imigran yang masih hangat diperdebatkan.
“Pilihan imigran ini yang telah berkhidmat untuk negara kita, negara dia, membeirkan maksud kepada ‘USA Forever.’ Siapa kita dan apa pendirian kita. Kita mengalu-alukan lebih ramai imigran yang menyayangi Amerika seperti mana Oscar de la Renta pernah tunjukkan.”