Selepas Memperlekehkan Britney Spears, Katy Perry Dikecam Netizen
Foto: Gilbert Flores/Broadimage
Anugerah Grammy ke-59 telah pun berlangsung, tetap netizen masih lagi mengecam perbuatan Katy Perry semasa ditemubual di atas karpet merah.
Katy Perry "that's called taking care of your mental health" "& I haven't shaved my head yet". I know ppl are gonna go in on this ? #GRAMMYspic.twitter.com/dGlmyJwdfc
Penyanyi tersebut ketika sedang ditemubual dan membincangkan warna baru rambutnya dan selepas Ryan Secrest mempersoalkan “kehilangannya” dalam industri muzik Katy menjawab “itu adalah saya menjaga kesihatan mental saya” dan dia juga sempat menambah “saya masih lagi belum mencukur kepala saya.”
Foto: Gilbert Flores/Broadimage
Perkara ini merujuk kepada insiden penyanyi pop Britney Spears pada tahun 2007 di mana dia mencukur habis rambutnya selepas menghadapi meltdown yang agak serius.
Katy Perry mengulangi lagi kenyataanya itu dalam temubual yang lain dan netizen mula bersuara dan mengecam Katy kerana memperlekehkan kesihatan Britney.