Bella Hadid Bintang Kempen Terbaru Aksesori Bulgari
Bella Hadid scores!!!!!
A photo posted by BVLGARI (@bulgariofficial) on
Nampak gayanya tahun 2017 is Bella’s year kerana selepas memintangi kempen untuk jenama besar seperti Fendi dan Moschino, Bella bakal menjadi bintang utama untuk kempen koleksi aksesori Bulgari.
Bella telah diilih sebagai muka utama untuk kempen aksesori mereka yang akan menampilkan item-item seperti barangan kulit, eyewear dan juga sutera yang akan digunakan untuk promosi cetakan, digital, dan media sosial untuk koleksi musim luruh 2017 mereka.
Dalam satu temubual ekslusif bersama WWD, Bella menerangkan bahawa dia membesar dengan jenama Bulgari kerana ibunya sangat menggemari jenama tersebut dan sering menjadi topik perbualan dalam rumah mereka.
A photo posted by Bella Hadid (@bellahadid) on
Koleksi ini juga akan memberikan tumpuan kepada rangkaian tas-tas Serpenti dan juga bakal memperkenalkan rangkaian baru oleh Bulgari iaitu Diva.
CEO Bulgari Jean-Christophe Babin sendiri membuat keputusan untuk memilih Bella sebagai bintang untuk kempen mereka kali ini dalam usahanya untuk menarik minat generasi Millenial dan pengaruh Bella di media sosial sesuai dengan visi koleksi tas tangan Diva yang bakal dilancarkan tidak lama lagi.