Model-model Ternama Menghiasi Pentas Peragaan La Perla - Glam Malaysia

Model-model Ternama Menghiasi Pentas Peragaan La Perla

Pereka La Perla, Julia Haart
Foto: Gerardo Somoza

La Perla telah memukau editor fesyen, pembeli dan mereka yang menonton pertunjukan fesyen mereka pada malam pertama Minggu Fesyen New York dengan barisan model-model ternama berjalan sepanjang pentas peragaan mereka.

 

Naomi Campbell membuka pertunjukan La Perla semasa Minggu Fesyen new York
Foto: PPS via ZUMA Wire

Pertunjukan yang dibuka oleh salah seorang model legenda pada zamannya, Naomi Campbell dengan slip sutera berona biru, jubah yang labuh dan ksaut tumit berbulu. Selain Naomi model-model seperti Isabeli Fontana, Liu Wen, Stella Maxwell, Joan Smalls, Sasha Pivovarova dan juga duta La Perla Kendall Jenner turut memeriahkan pentas La Perla.

 

[envira-gallery id=”61888″]

Koleksi La Perla kali ini menampilkan banyak ceraian yang menggunakan bahan seperti sutera, les dan La Perla juga menggunakan peluang ini untuk membuktikan bahawa jenama La Perla lebih daripada jenama lingerie yang lazim dikenali ramai.

 

See also
Summer Time, Floral Time

[envira-gallery id=”61889″]

La Perla turut menampilkan ceraian seperti sut-sut pelbagai rona warna serta gaun berlabuci yang menawan dipakai oleh Kendall sebagai penutup pertunjukan mereka.

 

Foto: Gerardo Somoza