Syarikat patung terkenal itu memperkenalkan patung Gigi tiu bersempena dengan koleksi kapsulnya bersama Tommy Hilfiger yang bakal dipertunjukkan tidak lama lagi di Venice Beach, Los Angeles.
Dalam gambar yang akaun Instagram Barbie kongsikan itu menampilkan patung Barbie bersama mini me Gigi, yang sangat seiras dengan Gigi Hadid sendiri, berada di Venice Beach dengan kemeja-t 90-an Tommy Hilfiger.
Patung Gigi itu berjaya menangkap gaya Gigi yang sebenar dengan rambut ikal, raut wajah, dan juga bibir mungil Gigi.
Gigi juga berkongsi kegembiraanya di Instagram dengan gambar patungnya sendiri bersama dengan Barbie.
Koleksi Musim Bunga Tommy x Gigi 2017 bakal menemui peminat dan pembeli di atas pentas peragaan dan juga kedai-kedai pada hari yang sama. So keep an eye out on that!