Persembahan Balet Meraikan Imigran oleh Opening Ceremony - Glam Malaysia

Persembahan Balet Meraikan Imigran oleh Opening Ceremony

Humberton Leon dan Carol Lim, Opening Ceremony.
Foto: Opening Ceremony

Seperti yang diumumkan oleh Opening Ceremony sebelum ini, mereka akan bekerjasama dengan jurutari ternama Justin Peck untuk mengadakan pertunjukan balet dan tidak akan menyertai NYFW pada tahun ini dan persembahan pertama mereka telah pun berlangsung pada 28 Januari yang lalu di teater David H. Koch.

 

Hasil karya Justin yang diberi nama “The Times Are Racing” berkolaborasi dengan Opening Ceremony untuk bahagian kostum mereka dan pada masa yang sama menjadi platform untuk Opening Ceremony mempamerkan koleksi Musim Bunga 2017 mereka.

 

The Times Are Racing
Foto: Paul Kolnik

Sejurus selepas persembahan pertama mereka pada hari Khamis lepas, persembahan kedua mereka pada hari Sabtu di tempat yang sama, persembahan mereka diberikan nafas yang baru dan berbeza dengan unsur politik ikutan polisi terbaru yang diluluskan oleh Presiden Trump pada hari Jumaat.

 

The Times Are Racing
Foto: Paul Kolnik

Presiden Trump telah mengeluarkan arahan eksekutif yang melarang kemasukan ke United States daripada tujuh negara Islam–Iran, Iraq, Syria, Yemen, Somalia, Sudan, dan juga Libya. Menyebabkan banyak individu tersekat di lapangan terang kerana status mereka sebagai imigran dan pelarian.

See also
Gaya Aktres Di Critics’ Choice Television Awards 2015

 

The Times Are Racing
Foto: Paul Kolnik

Bersama-sama mereka yang mengadakan protes di lapangan terbang tersebut, Justin dan Opening Ceremony menggunakan persembahan mereka sebagai tanda protes di mana lokasi persembahan mereka hanya beberapa kilometer sahaja daripada lapangan terbang tersebut.

 

Justin Peck dan Robert Fairchild dalam The Times Are Racing
Foto: Paul Kolnik

Carol Lim menerangkan mengenai idea kedua persembahan mereka ini adalah diinspirasikan oleh ibu bapa mereka sendiri yang merupakan imigran generasi pertama dan juga perjalanan mereka untuk mendapat gelaran rakyat Amerika.

 

The Times Are Racing
Foto: Instagram/justin_peck

“Pada mulanya ianya adalah untuk meraikan perjalan kami dan menjadi rakyat Amerika; dialog mula berubah pada masa kami merasakan perubahan baru-baru ini,” kata Carol.

 


Foto: Instagram/justin_peck

Penari-penari boleh dilihat memakai kemeja-T dengan perkatan-perkataan seperti “Act,” “Defy,” “Protest,” “Shout,” dan “Change,” tertera di atasnya yang diibaratkan seperti seruan untuk orang ramai supaya bangkit dan perjuangkan hak mereka sebagai manusia.

See also
Karl Lagerfeld Bakal Lancar Koleksi Kanak-Kanak

 

[envira-gallery id=”61411″]