Maria Grazia Chiuri Memukau Dengan Magis Couture dan Hutan Fantasi - Glam Malaysia

Maria Grazia Chiuri Memukau Dengan Magis Couture dan Hutan Fantasi

Foto: Francois Mori/AP

Maria Grazia Chiuri sekali lagi membuktikan yang she got what it takes untuk mengendalikan nakhoda Dior dengan kreativitinya. Ikutan daripada kejayaan Maria untuk dua koleksi debutnya bersama Dior sebelum ini, koleksi adi busana pengarah kreatif baru Dior ini sekali lagi menarik perhatian mata-mata industri fesyen dengan koleksi yang memukau.

 

Dengan pentas peragaan yang berkonsepkan hutan maze, ianya menambahkan lagi estetika fantasi dan magis yang Maria cuba hasilkan untuk koleksi adi busana kali ini. Model-model berjalan ibarat pari-pari di atas lantai yang dilitupi rumput-rumput hijau sambil memperagakan busana-busana yang megah dan anggun.

 

[envira-gallery id=”60985″]

“Saya tidak mahu idea untuk bermimpi itu hilang. Tetapi saya mahu memastikan bahawa adi busana boleh dipakai [oleh orang ramai]” terang Maria di ibu pejabat Dior.

 

[envira-gallery id=”60986″]

Labirin hijau yang dihasilkan untuk koleksinya kali ini merupakan metafora untuk hidup dan kerjaya Maria sambil dia mencari hala tujunya dalam rumah fesyen Paris ini setelah 17 tahun bersama dengan Valentino di Rom.

See also
Muka Model-model Victoria Secret Digabungkan

 

[envira-gallery id=”60987″]

Koleksi adi busana Maria menampilkan busana-busana labuh berjurai ke lantai, tergantung di bahagian buku lali, dan beralun dengan anggun semasa model-model melalui liku-liku kehijauan dalam Musée Rodin.

 

[envira-gallery id=”60988″]

Maria telah menyelidik arkib Dior dalam usahanya untuk menghasilkan koleksi ini dan juga konsep untuk pentas peragaannya kali ini yang membawa seribu satu makna.