Kes Saman Antara Kylie Cosmetics dan Vlada Haggerty Sudah Selesai? - Glam Malaysia

Kes Saman Antara Kylie Cosmetics dan Vlada Haggerty Sudah Selesai?

Beberapa bulan yang lalu, seorang jurusolek dari Los Angeles Vlada Haggerty telah mengugut memfailkan saman terhadap Kylie Cosmetics kerana melanggar undang-undang hak cipta dengan menggunakan gambar kerjasama antara Vlada dan jurufoto Julia Kuzmenko McKim sebagai gambar untuk mempromosikan koleksi terbaru Kylie Cosmetics.

 

Setelah diugut oleh Vlada untuk disaman, Kylie Cosmetics menukarkan kapsyen Instagram mereka dengan memberikan kredit kepada Vlada tetapi kemudiannya mereka memadam terus gambar tersebut.

 

Sebulan berlalu begitu sahaja tanpa kedua-dua pihak bersuara mengenai hal ini apabila Kylie mengongsikan gambar yang digunakan untuk Kylie Cometics bersebalahan gambar milik Vlada pada Instagram peribadinya dna juga Kylie Cosmetics dengan kapsyen:

 

“Ini adalah segalanya. Lihat hasil seni solekan yang indah @vladamua!”

 

 

This really is everything ? Check out the wonderful makeup art of @vladamua!

A photo posted by Kylie (@kyliejenner) on


 

Adakah ini cukup untuk meleraikan persengketaan antara Kylie Comestics dan Vlada Haggerty? We’ll see.

See also
Raikan Tahun Baru Cina 2019 Bersama Seleksi Selera di Hilton!