Beauty Talk Bersama Peter Phillips Dari Dior dan Bella Hadid - Glam Malaysia

Beauty Talk Bersama Peter Phillips Dari Dior dan Bella Hadid

Foto: Dior

Foto: Dior

Jenama Dior yang baru melancarkan koleksi solekan Musim Bunga 2017 mereka yang diberi nama “Color Gradation” telah menampilkan jurusolek pakar Peter Phillips dan model terkenal Bella Hadid dalam satu video ‘Makeup Talk’.

 

Foto: Dior

Foto: Dior

Konsep utama untuk koleksi “Color Gradation” ini adalah “gradation” yang merupakan gabungan beberapa rona warna dalam satu produk.

 

Dior Makeup Series - Beauty Talk-04

Foto: Dior

Dalam video tersebut Peter boleh dilihat menerangkan kepada Bella tentang rona-rona yang terdapat dalam koleksi ini dan menunjukkan kepada model tersebut cara yang tepat untuk mengaplikasikan produk-produk daripada koleksi “Color Gradation” Dior itu.

 

Pengarah Kreatif dan Imej Dior Make-up itu memulakan sesi mereka dengan mata Bella dan diakhiri dengan solekan bibirnya.

 

Foto: Dior

Foto: Dior

Bella kelihatan lebih glowy setelah Peter selesai mengaplikasi produk-produk “Color Gradation” seperti Diroskin Nude Air dan serbuk Diorblush untuki kulitnya dan juga Rouge Gradient dengan kemasan ombré untuk bibir Bella.

 

See also
Litupan Sempurna Lagi Ikonik

Untuk maklumat lanjut mengenai koleksi Musim Bunga 2017 “Color Gradation” ini anda boleh klik disini. Koleksi ini kini boleh didapati di mana-mana kaunter dan butik Dior berdekatan anda.