Givenchy ke Marikh Untuk Kempen Terbaru - Glam Malaysia

Givenchy ke Marikh Untuk Kempen Terbaru

 

Koleksi SS17 Givenchy yang dipamerkan semasa Minggu Fesyen Paris pada bulan September yang lalu kini dilengkapkan dengan kempen terbarunya yang menampilkan filem pendek oleh duo lagenda Mert dan Marcus.

 

Kempen yang baru dilancarkan turut menampilkan muka baru untuk Givenchy Squad seperti Vittoria Ceretti dan Faretta Radick. Pengarah artistik Givenchy Ricardo Tisci menerangkan jalan cerita filem pendek ini digambarkan seorang wanita muda dari Paris yang keluar daripada kelab selepas berparti dan sesat sampai ke Marikh.

 

 

Tutur tampil dalam filem pendek ini adalah Irina Shayk, Mariacarla Boscono danLea T.

 

 

“Wanita bertarung untuk kuasa bukan sahaja di Amerika tetapi di seluruh dunia, jadi saya mahu melakukan sesuatu yang lebih sensual dan lebih berkuasa. Jadi ianya adalah mengenai kekuatan semulajadi,” terang Ricardo mengenai koleksinya.

 

 

“Dia mempunyai kekuatan dan karakter. Tiada apa yang boleh menghalangnya, dia tidak takut dan keyakinan ada dalam badannya.”

See also
Visi Gaun Perkahwinan Chiara Ferragni Direalisasikan Oleh Dior

 

 

Oleh: Ai Nazmi Norzaid