Gaya Maskulin Kendall Jenner Untuk Fendi - Glam Malaysia

Gaya Maskulin Kendall Jenner Untuk Fendi

Fendi baru-baru ini membuat peminat-peminat model dan bintang rancangan realiti Kendall Jenner sangat gembira dengan menampilkannya di dalam kempen 2016 mereka.

 


 

Dalam gambar yang dikongsikan oleh Fendi di laman sosial Twitter kendall kelihatan sangat chic dan moden. Kendall mengenakan sehelai stole berbulu, digandingkan bersama kemeja belang klasik Breton, skirt bertekstur yang mencekak pinganggnya yang ramping dan dua buah bag yang menyempurnakan gayanya.

 

Gaya rambut Kendall juga menarik perhatian kami di GLAM dengan rambut panjangnya disikat rapi dan kemas seperti gaya pompadour. Solekan ‘maskulin’ Kendall pula sangat sesuai dengan gayanya dalam gambar tersebut.

 

Fendi juga telah mengongsikan satu lagi foto di Instagram mereka 5 bulan yang lalu yang menunjukkan gambar Kendall yang diambil oleh pengarah kreatif Fendi sendiri Karl Lagerfeld.

 

 

Oleh: Ai Nazmi Norzaid