Pereka Mendiskriminasi Ashley Graham Kerana Badannya - Glam Malaysia

Pereka Mendiskriminasi Ashley Graham Kerana Badannya

 

Ketua Editor untuk Vogue British Alexandra Shulman meluahkan perasaan tidak puas hatinya terhadap pereka-pereka fesyen yang mendiskriminasi model Ashley Graham kerana bentuk tubuh badannya tidak seperti standard model yang sering dilihat di atas pentas peragaan dan muka majalah-majalah.

 

Dalam Editor’s Letter untuk isu Januari mereka, Alexandra menyatakan bahawa ada pereka (dia tidak menamakan mereka) yang diminta untuk meminjamkan pakaian untuk penggambaran isu Januari itu enggan meminjamkan pakaian mereka untuk Ashley.

 

“Penggambaran itu dirancang pada saat terakhir dan kami sangat berterima kasih kepada Coach, dibawah arahan kreatif Stuart Vevers, menjalankan tugas dengan pantas dan menyediakan pakaian untuk kami yang pastinya datang dari luar sampel mereka. Mereka sangat bersemangat dalam menyediakan baju untuk seorang wanita yang bukan seperti model biasa, tetapi ada juga jenama fesyen yang memang tidak mahu menyediakan baju untuk kami gunakan.”

 

“Agak pelik bagi saya kerana serata dunia mendesak dunia fesyen untuk melebarkan lagi definisi kecantikan fizikal dan ada juga sesetengah jenama fesyen yang agak terkenal yang menghala ke arah yang berlainan,” terang Alexandra.

See also
Koleksi Jam Tangan Pintar Oleh Emporio Armani x Shawn Mendes

 

Ini bukan kali pertama Ashley didiskriminasi sebegini sebagai salah seorang peneraju kepelbagaian dalam dunia fesyen sejak mula berkarier di dalam industri ini.

 

Oleh: Ai Nazmi Norzaid