Kim & Kanye Dikhabarkan Tinggal Berasingan - Glam Malaysia

Kim & Kanye Dikhabarkan Tinggal Berasingan

Is everything alright in the Kardashian-West household?

 

 

Kanye West telah dikeluarkan dari hospital beberapa hari lalu tetapi masih belum kembali ke kehidupan normal beliau. Penyanyi rap tersebut khabarkan sedang menetap berasingan dengan isterinya, Kim Kardashian, selepas dikeluarkan dari Pusat Perubatan UCLA selepas gangguan emosi yang dihadapinya, pada Rabu lalu.

 

“Kim seorang yang bersifat melindungi dan tidak mahu Kanye berada di sekitar anak-anaknya,”, kata seorang sumber kepada majalah Us Weekly. “Kelakuan Kanye telah memberi impak yang negatif kepada rumah tangga mereka. Tetapi Kim berasa lega akan aksi dia [Kanye] mendapatkan bantuan professional. Kim anggap segala ini sebagai pertolongan buatnya dan rumah tangga yang dibina mereka berdua”, sambungnya.

 

Penyanyi lagu Monster itu dipercayai sedang menetap di sebuah hartanah sewa selepas meninggalkan pusat perubatan tersebut. Portal TMZ berkata bahawa Kanye telah diletakkan bawah jagaan doktor peribadinya, Dr Michael Farzam di samping ahli keluarga Kardashian. Kanye dihospitalkan pada 21 November atas sebab “psikosis sementara disebabkan oleh kurang tidur dan dehidrasi”, kata TMZ.

 

See also
North West Duduk Di Baris Hadapan Pentas Balenciaga

TMZ juga menyatakan bahawa Kanye telah digari dan ditempatkan di atas pengusung sebelum dibawa ke hospital. Desas-desus mengatakan bahawa antara punca penyanyi itu mengalami tekanan adalah kerana beberapa cetusan emosi di atas pentas ketika mengadakan konsert beliau serta pengubahsuaian rumah pasangan royalti Amerika itu yang mencecah $11 juta.

 

Kanye juga menjadi buah mulut ramai sejak kebelakangan ini kerana beliau telah mengakhiri konsertnya di Sacremento, California selepas hanya empat buah lagu dinyanyikan. Keesokkan harinya, beliau membatalkan sebuah persembahan di kota Los Angeles hanya beberapa jam sebelum beliau menaiki pentas.

 

Selang beberapa hari sebelum itu, beliau telah berkata kasar tentang Beyonce, Jay-Z, Hillary Clinton dan Mark Zuckerberg selama kira-kira 10 minit ketika di sebuah lagi acara.

 

Apa yang akan terjadi kepada pasangan paling kontroversial Amerika ini?

 

 

Oleh: Aizat Azman Shah