Tommy Hilfiger Tidak Akan Menyertai New York Fashion Week
Tommy Hilfiger dan Gigi Hadid semasa Koleksi S/S ’16 di New York
Jenama terkenal dari Amerika Syarikat Tommy Hilfiger masih lagi dipuji untuk koleksi mereka sebelum ini kerana menjemput dalam 1000 orang awam untuk menghadiri pertunjukan fesyen buat koleksi Luruh/Sejuk ‘16 mereka. Mereka juga telah mengubah sebuah kawasan dermaga di New York menjadi kawasan karnival.
Tommy Hilfiger dengan kolaborasi bersama model mereka Gigi Hadid akan mempersembahkan koleksi musim bunga mereka di Venice Beach, California pada bulan Februari ini.
Pertunjukan yang akan diadakan pada 8 Februari itu adalah pertunjukan kedua Tommy Hilfiger yang meilbatkan orang awam (direct-to-consumer) dengan inspirasi daripada pantai Cali dan boleh dibeli terus selepas pertunjukan fesyen berakhir.
Jenama tersebut melaporkan bahawa semenjak Gigi menyertai mereka trafik web mereka telah naik berlipat ganda sebanyak 900% dan juga meningkatkan kadar jualan mereka.
Gigi Hadid semasa pelancaran ‘Tommy X Gigi Collection’ di Tokyo.
“Gaya kasual, cool dan chic yang menerajui dunia fashion untuk musim ini dilahirkan dan dihasilkan di L.A., dan kami tahu yang ianya amat sesuai untuk diadakan di Venice Beach,” kata Hilfiger.