Pasti anda pernah tertanya-tanya berapa agaknya peragawati-peragawati jelita ini dibayar untuk meragakan pakaian dalam, serta aksesori rumit di samping kasut bertumit 6 inci? GLAM tidak mempunyai nilai yang tepat tetapi bayaran bagi pertunjukan fesyen tahunan itu dianggarkan dalam $100,000 bagi setiap gadis yang dipilih untuk berjalan di pentas runway ternama itu.
Namun, desas-desus dikhabarkan bahawa nilai tersebut jauh lebih rendah berbanding tahun-tahun lepas. Kontrak matang seperti buat Alessandra Ambrosio dan Adriana Lima dahulunya mencecah $1 juta.
Namun demikian, peragawati jelita bak dewi Greek ini tetap punyai sumber wang dari menjadi wajah jenama lain. Klik sebelah untuk mengetahui nilai pendapatan rupawan Victoria’s Secret ini!