Bidadari-bidadari Victoria's Secret Menyerikan Le Grand Palais - Glam Malaysia

Bidadari-bidadari Victoria’s Secret Menyerikan Le Grand Palais

 

Bersempena ulangtahun Victoria’s Secret yang ke-20, mereka menjanjikan pertunjukan fesyen yang gah dan menakjubkan untuk menyambut ulangtahun mereka di Le Grand Palais, Paris malam tadi untuk Victoria’s Secret Fashion Show 2016.

 

Walaupun beberapa Angels veteran mereka seperti Candice Swanepoel dan Behati Prinsloo tidak dapat menyertai pertunjukan di Paris tahun ini kerana baru sahaja menimang cahaya mata pertama mereka pada bulan September dan Oktober lalu mereka memastikan bahawa mereka akan muncul untuk pertunjukan fesyen Victoria’s Secret pada tahun 2017.

 

Selepas membuat kemunculan pertama mereka di pentas runway pada tahun lepas, Gigi Hadid dan Kendall Jenner kembali untuk beraksi sekali lagi bersama Alessandra Ambrosio, Jasmin Tookes, Xiao Wen Ju, Ming Xi, Josephine Skriver, Liu Wen, Sui He, Elsa Hosk, Lais Ribeiro, Romee Strijd, Martha Hunt, Taylor Hill, Sara Sampaio dan ramai lagi.

 

Selain daripada model-model yang jelita ini, pertunjukan fashion tahun ini turut dihangatkan dengan persembahan oleh Bruno Mars, Lady Gaga, dan juga The Weeknd.

See also
Model Generasi Senior dan Baru Yang Terpilih Untuk Victoria's Secret

 

Lady Gaga membuat persembahan di VS Fashion Show 2016.

Lady Gaga membuat persembahan di VS Fashion Show 2016.

 

Persembahan Bruno Mars di VS Fashion Show 2016.

Persembahan Bruno Mars di VS Fashion Show 2016.

 

Fantasy Bra pada tahun ‘Bright Night’ yang bernilai sebanyak £2.4 juta dipakai oleh Jasmine Tookes!

 

Jasmine Tookes memakai Fantasy Bra tahun ini.

Jasmine Tookes memakai Fantasy Bra tahun ini.

Bagi peminat-peminat Victoria’s Secret, nantikan siaran pertunjukan fesyen ini 5 Disember ini!

 

[soliloquy id=”58441″]

 

Oleh: Ai Nazmi Norzaid