Jika sebelum ini GLAM pernah mengetengahkan trend pakaian dan solekan musim luruh/sejuk yang membuatkan para gadis fesyen terkejar-kejar mengikuti trend, kali ini pula kami telah observe kalian dan nampaknya terdapat lagi satu trend yang tertinggal!
Topi lebar, atau topi wide-brim telah menjadi kegemaran ramai selebriti dan model-model bergaya pada musim luruh/sejuk tahun ini! Jikalau anda tidak mendapat memo, topi fedora telah lama meninggalkan arena fesyen dan kini topi wide-brim pula patut dijadikan penghuni di almari musim luruh/sejuk anda!
Gaya berstruktur topi ini adalah aksesori terbaik bagi menghidupkan look musim luruh/sejuk yang sering dikaitkan dengan vibe kusam dan bosan. Ia juga sesuai buat jejaka yang suka bergaya di luar sana!