Daphne Selfe: Supermodel Tertua Dunia - Glam Malaysia

Daphne Selfe: Supermodel Tertua Dunia

Menempa nama di pentas peragaan antarabangsa sejak 1949, kenali supermodel tertua di dunia yang masih in the game!

 

opsm1

Sumber: OPSM

 

Karier Daphne Selfe sebagai seorang model bermula apabila beliau bertanding menjadi wajah hadapan buat sebuah majalah tempatan di kota London pada usia 20 tahun. Sejak daripada itu, ramai hanya dapat berimaginasi akan portfolio dan klien-klien gergasi beliau, temasuklah majalh Vogue, Harper’s Bazaar dan Vanity Fair! Pada tahun 2015, Daphne dinobatkan sebagai supermodel tertua di dunia yang masih aktif oleh Guiness World Record.

 

Daphne, yang menetap di Baldock, Hertfordshire, England berterima kasih kepada kedua-dua ibu bapanya akan rupa jelita fizikalnya, walaupun sudah berusia. Beliau tidak pernah melakukan apa-apa pembedahan kosmetik dan amat sukakan yoga, berjalan dan berkebun.

 

tetegraph

Sumber: Telegraph UK

 

Walaupun beliau memulakan kerjayanya sebagai seorang model lebih 50 tahun yang lalu, hanya kebelakangan ini beliau mendapat tumpuan dunia fesyen dengan berskala besar (Daphne meragakan busana Red or Dead beberapa tahun lalu).

See also
Millennial It-Girl: Charlotte Groeneveld

 

 

And she is no where near slowing down!

 

 

Oleh: Aizat Azman Shah