Marc Jacobs Mahukan Anda Dalam Kempen Terbarunya! - Glam Malaysia

Marc Jacobs Mahukan Anda Dalam Kempen Terbarunya!

Marc Jacobs sedang mencari anda! Ya, anda!

 

 

Tahun lalu, Marc Jacobs mengetengahkan keinginan beliau untuk mencari mereka yang beraspirasi untuk menjadi model bersama para rakan mereka yang berfikir sama. Sama juga semasa tahun 2014. Beliau mengulanginya tahun ini dengan utusan untuk mencari the next it-blogger kecantikan

 

Pereka fesyen itu mengumumkan kempen #CastMeMark buat pertama kalinya di media sosial Instagram rasminya. Latar suara yang digunakan dalam video promosi tersebut ialah oleh Milk dari rancangan realiti RuPaul’s Drag Race.

 

Dalam video tersebut, Milk berkata, “#CastMeMarc kembali semula! Kali ini, kami ingin mencari personaliti kecantikan Marc Jacobs yang baharu. Mungkinkah ia anda? Muat naik video ke Instagram yang mengulaskan perkara yang memberi inspirasi kecantikan dan fesyen buat anda, dan mengapa Marc harus memilih anda!”

 

Pertandingan berskala besar itu terbuka kepada semua yang berumur 18 ke atas, di mana jua anda berada! Tarikh akhir penghantaran video tersebut adalah pada 5 Disember 2016. 10 peserta akan dipilih dan diterbangkan ke kota New York pada Januari 2017! Mereka kemudiannya akan diminta untuk merekod sebuah video akan kecantikan; Marc Jacobs sendiri akan memilih tiga finalis terakhir.

 

Selain daripada membintangi video-video how-to bersama beberapa bintang ternama yang bakal diumumkan, mereka juga akan menerima bekalan produk kecantikan cukup buat setahun, undangan ke semua acara Marc Jacobs pada 2017 dan macam-macam lagi!

 

What are you waiting for? Now is your chance to shine! Good luck in advance from us at GLAM!

 

 

Lihat video promosi #CastMeMarc yang lain di sini:

 

 

 

 

 

 

Oleh: Aizat Azman Shah