Siapa Dalam Senarai Most GLAM Tahun Ini?
Tahun ini GLAM ingin meraikan kegemilangan era digital. Selari dengan matlamat tersebut, tahun ini seramai 10 jelitawan yang memiliki pengaruh tersendiri di media sosial telah diangkat menjadi sebahagian daripada barisan Most GLAM. Kenali siapa mereka!
KIM RAYMOND, STYLE INFLUENCER DAN PEMILIK RESTORAN MEZZA9
Media sosial pilihan…
Instagram! Saya percaya ramai yang terpesona melihat foto-foto indah yang dimuat turunkan. Lebih-lebih lagi ada di antaranya meletakkan usaha keras menghidangkan visual yang cukup menarik perhatian.
Influencer adalah kerjaya?
Saya fikir ia bukanlah satu kerjaya yang konkrit, but you definitely can make money out of it.
Aplikasi fesyen…
Aplikasi fesyen mesti ada menerusi telefon bimbit semestinya Net-A-Porter dan Mr. Porter untuk suami. Kehadiran media sosial yang mempamerkan barangan kemewahan sudahnya melalaikan saya gemar membeli-belah menerusi dalam talian . Lihat betapa berkuasanya teknologi di hujung jari!
Komen paling buruk…
Same old thing. Seandainya jika saya dapat menambah berat badan lebih sedikit, saya akan tampil lebih cantik.
Pembelian paling mahal atau luar biasa menerusi pembelian dalam talian?
Dress rona putih Balmain yang dibeli untuk parti perkahwinan saya. Namun, tidak berkesempatan untuk memakainya dan masih tergantung indah di dalam gerobok menanti saat untuk disarungkan.
TUTI NOOR,PERAGAWATI
Perkara yang tidak akan dimuat turun di laman sosial?
Screenshot of my conversation with my girls. A big no!
Komen paling buruk…
Teringat kala bertanding di Asia’s Next Top Model, laman sosial saya dihujani dengan pelbagai komen pahit manis. Namun, yang sedihnya ada terpahat sama kata ‘you should burn in hell’.
Online or instore?
Sudah semestinya INSTORE with capital!
Aplikasi dating…
Saya akui yang saya pernah memuat turun aplikasi Tinder. Berbalik kepada niat, bagi saya tiada yang salah mengenainya. For the introverted, making new friends can be intimidating and there’s no wrong to make new friends.
Perfect selfie…
Cari pencahayaan yang terbaik daripada segi kontras dan pancarannya. And don’t forget the angle as well. Good luck!
DIDIE NASIR, USAHAWAN DAN PENGASAS DYNDA DESIGNS
Laman sosial kegemaran?
Sudah tentu Instagram! Di situlah saya mendapat inspirasi gaya dan Facebook pula untuk berhubung bersama keluarga dan rakan-rakan.
Influencer digital kegemaran…
Lokal saya mengagumi Heidi, The Ambitionista kerana berjaya menempa namanya di luar Malaysia. Jika luar negara, saya menggilai Huda Beauty yang membina empayar kosmetiknya. Dia dahulu merupakan Youtuber.
Most like photos…
Followers saya biasanya akan like foto-foto yang bernadakan ceritera solekan, diari pengembaraan, fesyen dan gastronomi. Nothing in between!
Benarkah teknologi membatasi pergaulan…
Bergantung kepada pengguna itu sendiri. I use my phone a lot but I will always tell myself to not touch them when I’m around people. Contohnya waktu makan malam bersama keluarga atau teman mahupun waktu bersosial.
Fenomena media sosial dan influencers…
I don’t think it will slow down anytime soon. It’s a new era we’re living in and I believe this is the future.
HEIDI NAZARUDIN, PENGASAS THE AMBITIONISTA
Jenama lokal pilihan?
Fizi Woo, Alia Bastamam dan Syomirizwa Gupta. Completely obsessed!
Sosial media…
No other than, Instagram. My visual feed is like ‘the best version of myself’ .
Mengapakah anda berfikir anda seorang influencer?
Well a digital influencer is someone who has a large , loyal and engaged set of followers who has similar values and likes. These followers tend to look to the influencer. Mungkin atas faktor inspirasi dan secara tidak langsung mereka mempengaruhi kala membuat pilihan sewaktu membeli-belah.
Watak filem kegemaran?
Charlize Theron’s potrayal of Imperator Furiosa in the film Mad Max. I don’t care for anything that portrays women as weak or inferior to men. Saya menjulang kehebatan wanita, melihat akan lakonannya yang natural, dia kuat, bijak dan pandai berdikari!
Glamor…
The ability to look stylish while making it look easy and effortless. Biarpun ia mengambil banyak usaha dan persediaan lantas membias gaya yang hadir natural.
SHARIFAH ERVINA DATUK SYED ALWI, SOSIALIT
GLAM adalah…
Menyarungkan busana hebat dan didorong dengan daya keyakinan yang tinggi! Be comfortable in your own skin effortlessly.
Label lokal kegemaran…
Innai Red, Alia Bastamam dan Jovian.
Pembelian dalam talian atau butik?
Saya memilih untuk ke butik kerana memiliki bentuk badan jam pasir. Merasai materialnya juga penting bagi saya. Namun, ada kalanya saya membeli dalam talian jika item itu tidak terdapat di pasaran tempatan.
Aplikasi fesyen?
Goxip, Net-A-Porter dan Selfridges. Mereka menghantar notification menerusi e-mel jika ada himpunan terbaru langsung saya mencuci mata mengakses aplikasinya.
Item paling mahal dibeli dalam talian?
Kasut Bottega Veneta menerusi aplikasi Net-A-Porter.
Aplikasi yang dipakai harian…
Waze! Kerana saya sering terperangkap dalam lalu lintas yang sibuk. Instagram give you access to the world, what’s happening to the fashion world and all the things around you.
YASMIN JOHAN, SOSIALIT
Website yang anda lawati setiap pagi?
I’m very into health, jadi website Well+Good menjadi bahan ilmiah saya perihal kesihatan.
Mengapa agaknya ramai yang teruja dengan bintang Instagram?
It’s a little piece of reality tv entertainment. Anda bisa mengintai gaya hidup mereka. Even if it is only 5 % true!
Glamor bagi anda adalah?
Hanya JLO yang dapat saya fikirkan. Selain itu bagi saya glamor tidak bersandarkan pada cahaya gemerlapan dan berlian semata. Perwatakan yang dibawa juga mencerminkan kelas anda.
Digital influencers kesayangan anda?
Mad love for Vivy Yusof! I stalk her all day, everyday. Saya akan senyap-senyap ke wardrobe milik Vivy dan curi beg tangan miliknya! Saya turut mengikuti perkembangan Remy Ishizuka, Olivia Palermo, Gigi Hadid, dan Taylor Tomasi Hill.
Membeli-belah online atau di butik?
Soalan yang amat susah. Saya pilih di butik. Tetapi saya akui saya ketagih dengan online shopping. I love the package experience. Saya akan hadkan perbelanjaan onlinehingga RM5,000 sahaja.
Aplikasi fesyen di telefon bimbit anda?
They are all my shopping apps! NET-A-PORTER, SHOPBOP, MATCHESFASHION dan VOGUE.
NINA SABRINA ISMAIL, PENGASAS PATERENA KIDS & CAPELLO BY NINA
Komen paling teruk di Instagram anda?
Saya tidak kisah apa yang orang mahu kata mengenai diri ini, tetapi saya akan berang apabila ada yang berkata buruk mengenai suami dan keluarga saya.
Jenama fesyen paling menarik di Instagram?
Saya sering mengintip instagram Delpozo!
Gambar di Instagram yang meraih ‘like’ paling banyak?
Gambar perkahwinan saya dan Jovian. Dan setiap kali saya dan suami pergi bercuti.
Membeli-belah online atau di butik?
Butik! Kerana saya dapat pegang material itu sendiri dan menilai kualiti. Online is good for stuff that is not available in Kl.
Benarkah teknologi membatas pergaulan sesama manusia?
Saya rasa ya. Kerana acap kali ke restoran apa yang saya lihat ramai yang sibuk dengan telefon masing-masing daripada bercakap antara satu sama lain.
Item paling mahal anda membeli melalui online?
A Victorian Dollhouse that I get on e-bay.
SHIR CHONG, SUPERMODEL
Pereka fesyen tempatan?
Tengku Syahmi, Jonathan Liang, Nelissa Hillman dan Joe Chia.
Digital influencer pilihan anda?
@Margaretzhang
Gambar yang anda tidak akan post di Instagram?
Nudity!
Pendapat anda mengenai dating apps?
Jujurnya jika anda benar-benar serius untuk mencari cinta, saya tidak syorkan anda mencari melalui dating apps. Kerana banyak penipuan dan jenayah berlaku melalui dating apps!
Produk kecantikan?
Saya senang dengan semua produk penjagaan kulit dari Chanel. Ia sesuai dengan kulit wajah saya.
ANIZA ADNAN, PENGARAH URUSAN KOSMETIK SERI MAWAR
Mengapa agaknya ramai yang teruja dengan bintang Instagram?
Kerana mereka ingin tahu lifestyle individu lain, untuk beri sumber inspirasi dalam hidup mereka
Pereka fesyen pilihan?
Rizalman! Saya akan berasa sempurna setiap kali menyarungkan adi busana daripadanya.
Trademark selfie anda?
My face is gorgeous from the front dan juga sebalah kanan. Rahang saya tampak tajam dengan kedua-dua pose ini. Dan tentunya diserikan dengan lesung pipit saya!
Benda yang anda pernah berhabis untuk online shopping?
Helaian Victoria Beckham melalui net-a-porter!
Komen paling teruk anda pernah dapat di Instagram?
Apabila saya tidak bertudung sewaktu melakukan senaman.
Glamor bagi anda?
Adi busana yang serasi dengan personaliti anda dan setiap langkah anda berbaur keyakinan!
IZARA AISHAH, PELAKON
Apa yang anda tidak akan post di Instagram?
Segala perkara peribadi mengenai diri saya. Saya tidak akan berkongsi saya ke gim, aktiviti bersama keluarga atau apa saya buat sewaktu bercuti. Hanya hal kerja sahaja saya akan berkongsi bersama peminat.
Is being an influencer a career?
Yes!
Aplikasi media sosial kesukaan anda?
Tentu sekali Instagram. Saya dapat mengetahui perkembangan teman-teman melalui gambar-gambar yang di post walaupun kami jarang berjumpa.
Trademark selfie anda?
Saya memang tidak pandai ber ‘selfie’. Setiap kali saya selfie saya nampak buruk! Percayalah.
Aplikasi terbaik buat anda?
Waze! Kerana aplikasi ini banyak membantu saya lebih-lebih lagi sebagai selebriti saya perlu ke set penggambaran yang berlainan lokasi setiap masa.
Item paling mahal anda membeli melalui online?
Saya belikan untuk kekasih saya. Apa yang saya beli? Rahsia!
PENATA GAYA: AIZAT AIDID & YANA BAHARUDDIN
SENI: ZULKIFLI SULAIMAN
TEKS & PENYELARAS: ZUHAIRIE SAHROM & AZZA FARHANA
PEMBANTU PENYELARAS: AMIRA AZMAN & YUSAIRI ARAHAN
GAMBAR: AARON LEE / LENSWORK STUDIO
DANDANAN: GARY BOBS, VINCENT CHEONG, APPLE NG DAN CRIS LAM DARIPADA SALUN SHAWN CUTLER MENGGUNAKAN L’OREAL PROFESIONAL
SOLEKAN: KHIR KHALID DAN BOSCO RYZAL