Coach Anjurkan Lelongan Vintaj Untuk The Costume Institute - Glam Malaysia

Coach Anjurkan Lelongan Vintaj Untuk The Costume Institute

coach
 
Coach raikan ulangtahun ke-75 dengan menganjurkan lelongan sebanyak 48 beg vintaj unik secara online bermula 19 hingga 28 Oktober 2016.
 
50 ribu dolar Amerika pertama yang berjaya diraih menerusi lelongan tersebut akan disumbangkan kepada The Costume Institute di The Metropolitan Museum of Art untuk memastikan pemeliharaan sejarah fesyen dan mengetengahkan fesyen sebagai satu bentuk seni.
 
11 daripada beg tersebut didedikasikan kepada rakan-rakan Stuart Vevers, Pengarah Kreatif Eksekutif Coach yang menjadi muse dan rujukan pembuatan setiap beg yang menepati karakter mereka. Antaranya adalah Debbie Harry, Lena Dunham, Kate Bosworth, Chloe Grace Moretz, Dree Hemingway dan ramai lagi.
 
Selain itu, sebanyak 26 beg dari lelongan tersebut diperbaharui dan diolah untuk mencerminkan sejarah, kualiti serta personaliti gadis moden Coach hari ini melalui elemen fringe, patches dan studs.
 
Bahagian terakhir lelongan pula menampilkan 11 beg yang dibungkus secara eksklusif bersama item yang menjadi inspirasi disebalik pembuatan beg tersebut seperti sebuah beg Duffle yang dibungkus bersama sehelai runway jacket.

 

See also
KLFWRTW 2016 Day 2: Diantara Aura Elegan Dengan Revolusi Fesyen Baru