Solekan Snapchat Filter Mudah Untuk Halloween! - Glam Malaysia

Solekan Snapchat Filter Mudah Untuk Halloween!

Semua orang menggilai aplikasi sosial Snapchat, lebih-lebih lagi apabila filternya membuatkan anda tampak flawless dan cantik. Baru-baru ini di New York Fashion Week, jenama The Desigual mengambil langkah berani dengan melakukan solekan Snapchat filter kepada model-modelnya. Kini, GLAM kongsi langkah solekan sempurna dua filter kegemaran anda ini yang boleh menjadi inspirasi Halloween!

 

  1. The Flower Crown

 

Sumber gambar: Hannah Burton/Bustle; Design: Bry Crasch/Bustle

Asas utama untuk mendapatkan filter ini adalah dengan menggunakan lightweight, glow-inducing products supaya kulit tampil sihat dan berseri. Gunakan hydrating primer sebelum mengoleskan bedak asas bertekstur ringan untuk mendapatkan tona kulit yang sekata.
 
Kemudian, lakukan contouring dengan memfokuskan bahagian bawah mata dan zon T wajah anda menggunakan stick foundation. Gunakan pembayang mata bewarna light brown, tambah sedikit bulu mata palsu serta pemerah pipi sebelum anda oleskan lip moisturizer.
 
Sekarang, anda hanya perlu letakkan flower crown anda di kepala and you’re good to go! 
 
2. The Golden Butterfly Crown
 

125bbcd0-6ef6-0134-cdcb-0aec1efe63a9

Sumber gambar: Hannah Burton/Bustle; Design: Bry Crasch/Bustle

Untuk mendapatkan solekan ini, anda perlu mengaplikasikan extra bronzer selepas memakai bedak asas. Kemudian, oleskan highlighter di bahagian tulang pipi, hidung serta kelopak mata.
 
Tambah bulu mata palsu yang lebat dan melentik untuk mendapatkan kesan dramatik kerana mata akan menjadi fokus utama wajah.
 
Seterusnya, gariskan bibir dgn pensil rona beige sebelum mengaplikasikan pengilat bibir. Langkah terakhir untuk menyempurnakan solekan ini adalah dengan menyusun rama-rama emas yang dilekatkan di bobby pins persis filter ini!
 
Oleh: Lylatul Qadrina

See also
Gaya Minimalis Gaia Repossi