Hendak cantik sebenarnya tidak sukar, banyak cara mudah dan murah yang anda boleh cuba di rumah! GLAM senaraikan 5 tip menarik yang anda tidak tahu selama ini!
1. Bersihkan solekan
Cuci solekan mata kalis air dengan minyak kelapa, hasilnya cukup bersih! Malah sapukan juga pada wajah untuk menanggalkan sisa-sisa solekan. Selain kulit bersih, kulit juga menjadi lebih lembap.
2. Kuku putih dan bersih
Letakkan ubat gigi pada berus kuku. Kemudian gosok dengan lembut pada kuku yang telah direndam dalam air suam. Hasilnya? Kuku menjadi putih dan berkilat! Sesuai dilakukan selesai anda memasak, kuning akibat kunyit pun boleh hilang.
3. Asah Kuku
Kala bercuti mesti banyak barang yang tertinggal, antaranya seperti pengasah kuku (buffer). Ambil kotak mancis dan asah kuku menggunakan bahagian tepi mancis yang bertekstur kasar. Kuku anda akan diasah sempurna.
4. Pin rambut kekal lama
Setiap kali anda menyepit rambut tentu ia mudah menggelungsur akibat licin bukan? triknya, ambil sehelai tisu dan letakkan penyepit rambut (bobbi pin) kemudian semburkan dengan penyembur rambut. Genggam bunjut tisu dengan penyepit rambut tadi dan goncangkan. Apabila disemat pada rambut, ia akan kekal kemas.