Zayn Malik Bakal Lancarkan Koleksi Bersama Versus Versace - Glam Malaysia

Zayn Malik Bakal Lancarkan Koleksi Bersama Versus Versace

versus_versace_donatella_versace_zayn_low

Versus Versace mengumumkan kolaborasi terbaru mereka dengan penyanyi Zayn Malik yang dinamakan ZAYNxVERSUS. Zayn akan mereka satu koleksi kapsul untuk lelaki dan wanita dibawah label tersebut yang bakal dilancarkan seluruh dunia pada Mei 2017.
 
“Kali pertama kami berjumpa, Zayn memberitahu bahawa dia sangat sukakan fesyen. Jadi saya fikir kolaborasi ini merupakan satu idea yang baik. Memandangkan dia mempunyai peminat yang ramai, mereka pasti teruja untuk melihat hasilnya!” ujar Donatella Versace.
 
Teman lelaki Gigi Hadid ini juga mengakui dia merupakan peminat jenama Versus Versace sejak dulu lagi.
 
“I’ve always wanted to design clothes dan peluang untuk berkerja bersama Donatella adalah satu bonus kerana saya benar-benar mengagumi beliau.”

 
Oleh: Lylatul Qadrina