Sembang Fesyen: Amirul Fadzuan - Glam Malaysia

Sembang Fesyen: Amirul Fadzuan

amirul
 
Baru sahaja dimartabatkan sebagai johan dalam pertandingan Piala Jarum Berlian 2014. Bekas penuntut Universiti Institusi Teknologi Mara dalam jurusan Seni Reka Fesyen ini semakin ligat untuk terus meluaskan labelnya di persada fesyen tempatan.
 
Perkembangan terbaru?

Baru sahaja selesai dengan pertandingan Piala Jarum Berlian yang turut menampilkan koleksi terbaru saya berinspirasikan dari sudutan filem dongeng terkenal, Cinderella 2015. Memilih watak antagonis, Lady Tremaine namun diubah menjadi suatu ilham yang positif dan mengikut gaya rekaan signature saya.
 
amirul-1
 
Gaya signature?

Kekuatan saya adalah menghasilkan adi busana pengantin ataupun evening wear. Oleh itu, setiap rekaan saya pasti memfokuskan kepada potongan panel, lipatan lisu, jahitan piping dan tidak terlalu sarat dengan perincian batu jemeki. Cukup sekadar ia tampak feminine dan minimalis.
 
amirul-3
 
Siapakah yang memberi galakan untuk berada di persada fesyen?

Perjalanan saya dalam bidang fesyen bermula dengan diri sendiri. Secara jujurnya, saya amat meminati dunia fesyen, bukan untuk mengejar glamor namun untuk menjadi seorang individu yang berjaya. Ia boleh dikatakan sebagai suatu bidang perniagaan. Saya  juga ingin berterima kasih kepada pensyarah kegemaran saya, Encik Faizal Hamid yang tidak loket berkongsi ilmu sewaktu menjadi pelajarnya.
 
Siapakah selebriti Muse anda dan kenapa?

See also
Perpisahan Berganti Kemewahan: 10 Penceraian Golongan Elit Yang Mengejutkan

Saya amat mengagumi kehebatan primadona kesayangan ramai, Erra Fazira. Terutama ketika dia di layar perak mahupun sebagai seorang peragawati. Kejelitaan yang dimilikinya membuatkan ramai tertawan. Namun jika bagi selebriti antarabangsa, saya memilih aktres Angelina Jolie.
 
amirul-2
 
Terangkan gaya fesyen anda?

Minimalis, elegan dan sofistikasi antara elemen yang saya ingin tonjolkan dalam setiap rekaan saya. Juga penambahan sedikit perincian yang saya kira dapat menukar penampilan seseorang menjadi lebih sempurna.
 
Koleksi runway kesukaan
 

amirul-4

George Chakra


 
amirul-5

Valentino