Socialite's Must Haves: Zaida Ibrahim - Glam Malaysia

Socialite’s Must Haves: Zaida Ibrahim

zaida2
 
Zaida Ibrahim, pengasas Impressed Juice berkongsi ruin cantik bersama peminat setia GLAM.
 
“Saya sebenarnya tidak pergi ke spa atau membuat rawatan muka kerana saya tidak boleh duduk diam! Sebaliknya saya memastikan mengambil air yang cukup, makan dan minuman yang sihat. Saya percaya benar apa yang kita makan  mempunyai kesan langsung ke atas kulit seseorang. Memandangkan saya berkulit  sensitif jadi saya perlu berhati-hati dengan seleksi produk  penjagaan kulit. Sewaktu di Itali tahun lalu, saya diperkenalkan dengan jenama sana iaitu Bottega Verde. Ia berasaskan bahan semulajadi dan sesuai untuk saya. Untuk solekan, saya gemarkan produk Glossip Milano, pengaris kening dan pembayang mata daripada Urban Decay. Saya juga menggunakan gincu halal baru dari Pretty Suci. Untuk rambut, HairKunst pasti menjadi salun wajib dikunjungi manakala mandian krim saya memilih Capello by Nina. I think everyone should do creambath, it’s so good and relaxing.”
 
Milik item kecantikan yang terkini pilihan GLAM untuk tampil anggun seperti Zaida Ibrahim.
 
nars-all-day-luminous-weightless-foundation-fiji-with-cap
 
Nars All Day Weightless Foundation  

See also
Inspirasi Kecantikan Couture Paris Spring 2020

Bisa memberikan pengalaman ringan pada saat  pertama sapuan. Ia meneutralkan kesan kemerahan dan kulit rosak pada muka.
 
le-lift-v-flash
 
Chanel Le Lift V Flash

Serum perangsang kulit muka yang sempurna untuk mentakrifkan semula kontur wajah, meningkatkan seri dan mata menawan. Sarat bahan 3.5DA* dan vitamin B3,C dan E khusus untuk memberikan kesegaran pada kulit muka.
 
absolute-blooming
 
Miss Dior Absolutely Blooming

Kaya dengan esktrak bunga mawar. Nota baunnya dibuka dengan buah-buahan merah, koktel rasberi dan delima. Lantas di perhalusi dengan blackcurrent bersama pink peppercorn.