Marion Cotillard, pelakon Perancis yang jarang dikaitkan dengan gosip hiburan akhirnya bersuara selepas pelbagai laporan media mengatakan bahawa beliau merupakan salah satu punca Brad Pitt dan Angelina Jolie berpisah.
Dalam post Instagram terbarunya, Marion menyuarakan rasa marah dan kecewa dengan spekulasi yang dibuat. Beliau yang seringkali tidak mengendahkan komen-komen tidak berasas akhirnya bersuara untuk melindungi keluarga tersayang.
“Firstly, many years ago, I met the man of my life, father of our son and of the baby we are expecting. He is my love, my best friend, the only one that I need.”
“Secondly to those who have indicated that I am devastated, I am very well thank you. This crafted conversation isn’t distressing. And to all the media and the haters who are quick to pass judgment, I sincerely wish you a swift recovery,” komen beliau di Instagram