Lifestyle Guru: Peter Davis - Glam Malaysia

Lifestyle Guru: Peter Davis

Sukan campuran seni mempertahankan diri atau Mixed Martial Arts (MMA) tidak lagi asing pada masyarakat tempatan. Tidak kira lelaki atau wanita, sukan ini menjadi ikutan pada masa kini dalam memantapkan daya ketahanan fizikal dan mental, langsung melatih kemahiran seni mempertahankan diri. Pelakon, model dan juga petarung profesional MMA, Peter Davis berbicara mengenai seni sukan mempertahankan diri yang dianggap merbahaya ini.

peter-davis

MMA adalah…
Sukan pertempuran yang punya pelbagai teknik atau jenis seni mempertahankan diri dalam satu perlawanan. Antaranya Jiu-jitsu Brazil, gusti, tinju, Muay Thai, judo dan semua jenis seni bina diri tidak kira tradisional atau moden. Kemahiran dalam menguasai pelbagai jenis seni bela diri memberi kelebihan buat petarung untuk bertempur di gelanggang.

 

Adakah ia membahayakan, apa komen anda?
Biarpun tampak lasak atau ganas di gelanggang tetapi ia tidak begitu merbahaya seperti yang digambarkan oleh sesetengah individu. Sukan ini membenarkan gabungan seni bela diri yang menarik serta teknik-teknik bergelut, baik sambil berdiri mahupun berbaring di lantai tetapi tidak dibenarkan memukul bahagian belakang kepala, alat sulit, memijak dan menggigit pihak lawan. Petarung juga boleh berhenti serta merta bagi menghindari daripada kecelakaan.

See also
PELIKAN: The It Bag Untuk Si Kecil!

 

Pembabitan wanita dalam sukan campuran seni mempertahankan diri…
Sukan ini boleh dikatakan sebagai salah satu senaman yang memerlukan daya ketahanan tinggi. Agak mencabar tetapi bagus dalam memantapkan ketahanan fizikal dan mental sekali gus membina stamina yang kuat. Wanita perlu tahu seni mempertahankan diri kerana selama ini mereka dianggap lemah dan mudah diambil kesempatan.

 

Bagaimana boleh terjebak dalam sukan ini?
Saya mula aktif sekitar umur 20 tahun dan kini sudah hampir 13 tahun berkecimpung dalam seni bela diri walaupun jadual agak padat dahulu kerana tuntutan kerjaya dan komitmen dalam bidang lakonan mahupun peragaan. Saya masih aktif cuma tidak memberikan sepenuh perhatian dan memulakan karier secara profesional pada tahun 2012.

 

Siapakah menjadi inspirasi anda?
Tidak terikat pada seorang sahaja. Antara yang menjadi inspirasi adalah Anderson Silva kerana dia tampak tenang tika beraksi di gelanggang juga tidak terlalu tradisional. Mereka semua punya keunikan masing-masing dalam memberikan aksi yang tersendiri.

Kelainan aksi anda dalam bertempur?

See also
Mekap Chanel Musim Luruh

Aksi saya lebih cenderung kepada Wuji Chuan, seni bela diri jenis Kung Fu gaya bebas. Ianya lebih moden dan terarah kepada gaya perlawanan jalanan. Long jab and spinning kick, adalah gerakan kegemaran saya kala beraksi.

 

Perlawanan impian adalah dengan…
Shinya Aoki, petarung MMA berasal dari Jepun. Sememangnya dia petarung terbaik kelas dunia dan berada di dalam kelas yang sama seperti saya iaitu lightweight.

 

Mahu kerjanya dikenang kerana?
A pretty cool fighter and one of Malaysia’s best fighter.