Kronologi Kisah Cinta Angelina Jolie dan Brad Pitt
Oleh: Nur Sofea
Gambar: TPGimages
Berita Angelina Jolie memfailkan penceraian terhadap pasangannya, Brad Pitt sememangnya berita yang amat mengejutkan buat peminat pasangan selebriti Hollywood yang paling hangat ini. Punca perpisahan ini menjadi tanda tanya buat semua peminat Angelina Jolie dan Brad Pitt. Ada sumber yang menyatakan punca perpisahan ini melibatkan orang ketiga namun punca sebenar hanya diketahui oleh pasangan yang baru dua tahun mendirikan rumah tangga ini.
GLAM senaraikan kronologi kisah cinta Brad Pitt dan Angelina Jolie dari pertemuan pertama sehinggalah perpisahan mereka.
2004- Brad Pitt dan Angelina Jolie dipilih untuk melakonkan watak utama dalam filem aksi-komedi, Mr and Mrs Smith. Kedua-dua mereka tidak pernah besua muka sehinggalah mereka berdua melakonkan adegan pertama untuk filem tersebut. Pada waktu ini, Brad Pitt telah berkahwin dengan Jennifer Aniston selama lima tahun. Manakala Angelina baru sahaja berpisah dengan pasangannya sebelum ini.
2005- Selepas berbulan-bulan berpisah, Jennifer Aniston akhirnya memfailkan penceraian daripada Pitt dengan alasan “tiada persefahaman”. Khabar angin mula menyelubungi pasangan ini pabila mereka mula melakukan promosi untuk filem Mr and Mrs Smith dan mereka juga turut menjadi muka depan untuk majalah W. Namun khabar angin itu tidak pernah disahkan kerana kes penceraian Brad Pitt dan Jennifer Aniston masih lagi belum selesai. Pada Oktober 2005, Brad Pitt dan Jennifer Aniston disahkan bercerai. Pada bulan November, Jolie yang merupakan Duta UNHCR telah berangkat ke Pakistan untuk meyertai misi bantuan mangsa gempa bumi. Pitt juga menggembara disana untuk menemani Jolie.
2006- Jolie mengesahkan pada majalah People bahawa dia sedang hamil anaknya bersama Pitt. Tidak lama selepas itu, Pitt mengambil dua anak angkat Jolie, Maddox dan Zahara sebagai anak angkatnya yang sah dan mereka nama keluarga anak-anak kepada Jolie-Pitt. Pada Mei, Jolie melahirkan anak perempuan mereka, Shiloh Nouvel Jolie-Pitt di Namibia. Walaupun keluarga mereka semakin bertambah, Pitt menegaskan bahawa dia dan Jolie tidak menetapkan perkahwinan sebagai matlamat utama mereka. Pada Oktober, Pitt memberitahu Esquire bahawa mereka hanya akan mengikat tali perkahwinan sekiranya semua orang yang ingin berkahwin di negara ini diberikan kebenaran untuk berkahwin secara sah. Kenyataan Pitt ini menyokong perkahwinan kaum sejenis.
2007- Jolie-Pitt membesarkan lagi keluarga mereka dengan mengambil seorang lagi anak angkat berusia tiga tahun, Pax Thien dari Vietnam.
2007- Jolie mengumumkan bahawa dia sedang hamil anak kembar. Pada Julai, Jolie melahirkan sepasang anak kembar, Vivienne Marcheline dan Knox Leon di Perancis. Gambar anak kembar Jolie-Pitt ini dijual dengan harga 14 juta dolar pada majalah People dan Hello!
2012- Pasangan Jolie-Pitt ini akhinya mengambil keputusan untuk bertunang dan bakal berkahwin.
2013- Jolie menulis kepada The New York Times akan keputusannya untuk menjalani pembedahan mastektomi untuk menncegah kanser payu dara. Jolie turut menulis rasa terima kasihnya pada Pitt yang sentiasa berasa disisinya disaat dia memerlukan.
2014- Pada bulan Ogos, Jolie dan Pitt akhirnya berkahwin di sebuah majlis yang dihadiri oleh bilangan tetamu yang sedikit dan enam orang anak mereka.
2016- Pada September 20, Jolie memfailkan penceraian terhadap Pitt.