GLAM #GirlSquad: Thanuja, Manisha Anuja dan Carey - Glam Malaysia

GLAM #GirlSquad: Thanuja, Manisha Anuja dan Carey

thanuja anathan carey

 

THANUJA ANANTHAN
“I’m absolutely not a light packer.” Ratu Cantik merangkap selebriti dan aktivis jujur membuka rahsianya. “I love my fashion! I pair my clothes accordingly to the weather prior lots of research about my destinations. Kelengkapan dandanan diri tidak pernah dilupakan. Sepasang kasut sneaker dalam dua rona hitam dan putih, fancy dress dan jaket yang selesa adalah kemestian dalam bagasi saya.”

 

“Pertandingan Miss World di Afrika adalah memori terhebat. There was nothing like being close to wild animals on my safari adventure! Tip saya menjelajah safari adalah membawa sama kot hujan dan jaket adang angin kerana cuaca di tanah Savana tidak menentu.” Berbicara soal haiwan, saya bertanyakan mengenai cara peliharaan haiwan di luar negara, “Ia bergantung pada mana negara yang dituju. Jika ke negara maju, anda tidak akan dapat melihat haiwan berkeliaran tanpa pemiliknya kerana hak asasi haiwan dipantau rapi. Manakala di negara yang kurang maju kita boleh lihat banyak binatang terbiar di jalanan.

 

“Mengimbas kembali penerokaan di bumi Afrika, meredah ribut, bermain dengan hujan dan mendekati gajah liar adalah antara kerja gila yang pernah saya buat! Destinasi idaman saya adalah meneroka bumi unik Amazon dan kembara ke Timur Afrika. Saya bersyukur kerana diberi peluang untuk merakam program travelog. I tick off bucket lists in the process of which is great! Walau bagaimanapun, agak sukar untuk menikmati destinasi sepenuhnya apabila bekerja. Jadi, selesai rakaman saya mengambil beberapa hari tambahan untuk meneroka dan menghayati setiap keunikan tempat yang dilewati.”

See also
GLAM Memori: Fyza Kadir

 

MANISHA JAGAN
“Saya merupakan pengurus artis dan pemilik agensi MTalent Asia,” jelas Manisha mengenalkan diri. Selain keindahan alam dan rupa bumi Australia, Manisha memilih New York sebagai destinasi kegemaran, “Saya pernah ke New York beberapa kali. Saya teringin untuk bekerja dan tinggal di sana. Kota itu sungguh bertenaga, sarat seni, makanannya enak-enak belaka dan warganya sangat energetik. Saya juga memuja keindahan Itali yang sarat seni renaissance, fesyen dan muzium. I’m a practical traveller. I used to be horrible at packing, I’m much better now and prefer travelling light. Stail dan keselesaan harus dipadukan bersama kala meneroka keindahan negara orang.”

 

“The funniest travel story, erm… Oh yaaaa. Kejadiannya sewaktu kembara solo saya ke Vietnam tahun 2014. Sebagai seorang vegetarian dan di Vietnam tidak ramai yang fasih bertutur dalam bahasa Inggeris. I had to print out some google translated words like ‘no egg’, ‘no meat’, ‘no fish’, vegetarian and more to carry in my bag so I could try out some vege street food. It helped a lot!”

 

See also
Mantan Menteri-Menteri Wanita Ini Pasti Dirindui

ANUJA ANANTHAN
Baru melangsungkan perkahwinan lewat tahun lepas, saudara kembar kepada Thanuja ini menyifatkan liburannya di Australia adalah yang terhebat. “Berlatarkan pantai Warrnambool di Great Ocean Road, Australia saya dilamar suami sambil berbelai keindahan pancaran matahari terbenam serta kelibat ikan paus menghembuskan nafasnya. Tiada yang lebih indah kala bercuti dan kemudian dilamar teman lelaki,” cerita Anuja sambil tersenyum rapi.

 

“Rencana liburan saya pastinya ke pasar tani kerana saya gemar membeli buah-buahan. Juga saya mencuba resipi masakan tempatan tatkala berada di satu-satu negara itu bagi mengenali budayanya yang tersendiri. Saya gemar membeli hasil seni autentik di setiap negara saya lawati seperti batik dan topeng Indonesia, poskad, tiket dan lilin beraroma dari Australia dan Eropah. Tidak lupa juga himpunan sari dan selendang dari India turut menjadi item yang saya kumpul.”

 

Di manakah lokasi seterusnya dan mengapa? tanya saya lagi. “Rishikesh, India for my yearly yoga retreat. Tahap yoga saya akan berganjak setiap kali ke sini. Buat destinasi bulan madu kami sudah pun ke Bali. Kini, dan saya dan suami teringin pula menjejakkan kaki ke Kepulauan Fiji!”

See also
GLAM Profil: Paulius Staniunas, The Amazing Guy!

 

CAREY NG
Jelitawan ini dimahkotakan Miss Universe Malaysia pada 2013. Carey berkongsi pengalamannya mengembara dalam menghadiri pertandingan ratu cantik peringkat dunia. “Berjumpa dengan Steven Tyler dan Donald Trump sewaktu pertandingan Miss Universe di Moscow cukup mengujakan. Kemudian saya bertemu muka pula dengan Nick Jonas dan Olivia Culpo. Bercerita soal kembara, Iceland merupakan antara kenangan terindah.

I got engaged on the peak of Snæfellsjökull glaciers and it’s one of the most beautiful landscapes I’ve ever seen,” tutur Carey teruja.
 
“Saya adalah seorang pengembara. It’s the free notion of the journey that brings you places that is exciting. It may be luxurious but it could be as raw as living like the locals to explore a destination. Teringat waktu kunjungan menikmati hidangan ketam cengkerang lembut di persisiran pantai di Vietnam. Harganya sungguh murah dan sangat segar. Jika diberi pilihan selain Malaysia, saya memilih untuk tinggal di Sepanyol kerana negara itu punya festive vibe dan budaya yang cukup santai. Selain itu ia hangat penuh dengan kehidupan yang cukup ceria.”