Kenali Sejarah Pembedahan Plastik - Glam Malaysia

Kenali Sejarah Pembedahan Plastik

shutterstock_276083945-ext

Gambar: Arkib GLAM


 
Pembedahan menukar dan membentuk semula wajah bermula dari zaman 1213 Sebelum Masihi di Mesir purba. Ketika itu, kepercayaan yang diamalkan apabila wajah menjadi sebagai salah satu lambang fizikal yang akan dibawa semula ke alam kehidupan yang baru. Pada ketika itu, Raja Ramses II memiliki bentuk hidung yang tidak menarik iaitu besar dan memanjang. Untuk memastikan dia diingati sebagai seorang raja pada kehidupan lain, baginda telah menjalankan prosedur pembedahan dengan memasukkan tulang baru untuk membentuk hidung yang lebih sempurna.
 
Seterusnya, di zaman India purba pada tahun 600 Sebelum Masihi, seorang pakar bedah bernama Sushruta menjadi doktor pertama yang menyempurnakan prosedur pembedahan plastik ini ke atas manusia. Pada zaman itu, mereka yang melakukan jenayah akan diberi hukuman kejam dengan memotong hidung mereka bagi memberi kesedaran pada orang ramai. Namun Sushruta telah mencipta prosedur bagi mengembalikan bentuk hidung sempurna buat bekas-bekas penjenayah. Proses ini memerlukan dia menarik sedikit kulit dari bahagian pipi juga dahi untuk ditampal pada bahagian hidung.
 
Seterusnya ia membawa kepada negara Rom yang menjadi negara pertama mengamalkan pembedahan untuk memulih imej diri. Dahulu, golongan wanita atasan di negara ini gemar menyarung perhiasan anting-anting yang berat sehinggakan cuping telinga mereka tertarik dan menjadi panjang. Manakala golongan hamba yang telah dibebaskan juga perlu melalui prosedur untuk membuang tanda ‘hak milik’ yang dicop pada anggota badan mereka oleh bekas majikan mereka.

See also
Rahsia Solekan Harian Song Hye Kyo