Aksesori Pilihan Sosialit: Azrinaz Mazhar Hakim - Glam Malaysia

Aksesori Pilihan Sosialit: Azrinaz Mazhar Hakim

Rantai, gelang dan cincin dari himpunan Serpent Boheme, Boucheron. Kardigan Bottega Venetta.

Rantai, gelang dan cincin dari himpunan Serpent Boheme, Boucheron. Kardigan Bottega Venetta.


 
Sengaja kami bukakan loket pada rantai Boucheron ini lalu menonjolkan gancu rekaan safety pin ke hadapan. “Oh, I love this” ujar Azrinaz. Mengakui yang dia kini menggemari gaya suntikan edgy.
 
Walaubagaimanapun, dia akan pastikan berlian masih ‘terlekat’ di badannya. “I feel like a complete woman tatkala mengenakan rekaan berberlian biarpun saiznya kecil. Paling penting jika anda menggayakannya bukan untuk orang lain tetapi untuk kepuasan sendiri.”
 
Wanita berwajah bersih ini juga tidak lokek berkongsi kisah estetika tiara. Padanya rekaan yang sempurna adalah dari berlian yang bersaiz besar langsung punya tarikan tersendiri. Biarpun penggunaannya terhad, tapi rekaannya melambangkan kuasa.
 
Oleh itu sukar untuk Azrinaz memilih yang mana satu menjadi kegemarannya kerana percaya ketiga-tiga tiara simpanannya mempunyai ceritera dan sejarah penghasilan yang tersendiri.
 
Apakah pula the most cherished item pada you?
“Seutas rantai bespoke yang ditatah dengan berlian berlainan warna. Rekaan belakang dan hadapannya berbeza dari segi warna dan saiz berliannya. Ia direka oleh artisan dari Moussaieff di Bond Street, London.
 
Apa pula dua perkataan terbaik mencerminkan barangan kemas?
Pantas sahaja jawabnya, classy dan expensive!

See also
Tips Memakai Haruman