GLAM Expose: Faking it: Hidup Dalam Kepura-puraan Demi Mengecap Status Sosial - Glam Malaysia

GLAM Expose: Faking it: Hidup Dalam Kepura-puraan Demi Mengecap Status Sosial

ogos16-expose
 
Teks: Tengku Ashley Hassan
 
Apakah anda semua pernah berasa diri tidak cukup bagus untuk orang lain? Diri tidak diterima oleh kelompok tertentu sekaligus sepertikan jauh tersisih mengakibatkan kurang keyakinan pada diri. Well the truth is no one feels competent 100 percent of the time, but they press on. Itulah resepi kehidupan. Dan ada pula dek kerana kemurungan itu, sesetengah individu mengambil jalan pintas dengan memalsukan identiti diri agar diri dipandang tinggi dan dihormati orang. Pokok pangkalnya jika dia berduit dia mampu meraih perhatian orang ramai dan paling penting dia boleh menjadi ahli the ‘it crowd’ di ibu kota. Saya pinjam kata-kata William James penulis buku Psychology, “We are not only gregarious animals, liking to be in sight of our fellows, but we have an innate propensity to get ourselves noticed, and noticed favourably, by our kind.” Ya, barangkali segelintir pihak tidak bisa menerima hakikat akan sindrom FOMO (Fear Of Missing Out). Mereka persisten untuk memenuhi jemputan kepada the next big event dalam kalendar sosial kota. Mahu berdiri setara dengan orang kenamaan. Orang sebegini akan berpura-pura untuk diterima oleh golongan berada.
 
Ada satu teman saya dulu dia percaya pada taktik ini. “It is how I changed my life for the better, and found a niche I never knew I could be in,” katanya yang arif dengan skil bersosial dengan orang kenamaan. Masih saya ingat lagi dia bercerita yang ayahnya kawan baik Pak Lah, Marina Mahathir teman ibunya dan macam-macam lagi cerita bohong yang dia ceritakan pada kami. Tetapi waktu itu taktik dia disanjung tinggi oleh teman-teman lain. She acted like she is somebody so she can, in fact, become that somebody. Ya dan hari ini dia menjadi sosialit di ibu kota biarpun belum setaraf Marion Caunter tetapi kelompok sosialnya are the people who is always in the KL social scene. Saya kira dia berjayalah.
 
Kisah satu wanita ini pula asal orang Felda, tetapi seorang yang amat menitikberatkan penampilan. She always dress the part. Katanya pada saya, jika mahu nampak diri seperti orang kaya kena melaburlah sikit. Sikap juga harus seperti kelas atasan. Menurut wanita ini lagi, apa yang dilaburkan semuanya pasti membawa pulangan. Dia tidak pernah berhenti daripada mengumpan lelaki hartawan tetapi sehingga ke hari ini usianya sudah menginjak 37 tahun dan dia masih belum berkahwin. Hakikatnya dengan penampilan A-class, makan minumnya tidak pernah berbayar, semua tas tangan milik wanita ini adalah hasil pemberian daripada lelaki yang pernah memadu kasih dengannya. Tetapi apa yang malang cinta sering tidak berpihak kepada wanita ini. Dan kisah mengenai sosialit yang mahu dia disegani di kalangan teman-temannya memaksa suami membeli pangkat Datuk. RM200,000 melayang demi pangkat Datuk. Almaklumlah apabila sudah bergelar, ramailah yang rajin mengipas dan sanjung. Dia mahu serba lebih daripada teman-temannya. Hakikatnya Datuk dikelilingi hutang dan dia masih cuba bertahan dengan gaya hidup golongan atasan. Baru-baru ini dengar cerita Datuk sudah jatuh muflis tetapi gaya hidup mewahnya masih mencerminkan dia wanita kelas atasan pada pandangan orang ramai.
 
Lagi kisah beli Datuk, yang ini beli pangkat Datuk Seri Naning dari Melaka. Lucunya ambil darjah kebesaran ini di bilik hotel sahaja! Tak perlu adat istiadat. Paling tak tahan siap ada tambah title Datuk Seri Doktor lagi. Wah yang isterinya punyalah gembira dengan pangkat Datin Seri. Yang penting orang tak tahu kisah sebenarnya. Sayangnya cerita sebenar ketahuan juga.
 
Masih saya ingat kawan saya yang bekerja sebagai sales girl. Apabila bertemu dia sering meluahkan cerita-cerita menjengkelkan mengenai sesetengah pelanggannya. Antara yang diceritakan, ada wanita yang pertama kali datang ke butiknya dan menggelar dirinya Datin. Tingkah lakunya amat angkuh, mengarah teman saya macam mem besar belum lagi maki hamun yang dilemparkan di atas kelewatan teman mencari saiz kasutnya. Kira-kira 30 pasang kasut yang dicuba, sudahnya satu sepatu sahaja yang dibeli. Alahai kata teman saya, Datin-Datin regular customer dia tak perlu mencuba sepatu hanya sekadar pilih tiga empat pasang dan minta saiznya dan terus bayar. Dunia ini kecil, rupa-rupanya wanita itu adalah kawan kepada ibu teman saya ini. Dan satu hari mereka berjumpa di majlis kenduri. Jelaslah dia bukan Datin kerana hanya berkereta Proton Saga meski beg yang dikepit adalah Fendi! Merah padamlah mukanya apabila pecah tembelang saat ibu teman saya memperkenalkan teman saya kepadanya.
 
Saya diceritakan seseorang mengenai kisah wanita yang seumur hidupnya memang mengimpikan hidup bak sang puteri. She craved all the finer things in life cuma sayangnya dia bukanlah dari keluarga berada. Tetapi oleh kerana nalurinya untuk mengejar kemewahan membuak-buak, dia bijak merencana strategi. Tetapi jangan salah tafsir, as she is a nice girl. Siapa yang berkawan dengannya cukup tahu yang dia hanya dambakan lelaki yang kaya-raya. Sekiranya di awal perkenalan dia menghidu lelaki itu tidak berapa berduit, cepat-cepat dia putuskan perhubungan. Dirinya sibuk dengan mencari majlis kota untuk dihadiri, Walaupun dia tidak dijemput, dia akan cari seribu satu cara untuk menjadi tetamu. Sibuklah dia meminta mahu menjadi plus one kepada sesiapa yang dijemput ke majlis. Last resort dia akan menjadi party crasher. Misinya ialah mencari calon yang sesuai. Tetapi apabila sudah melekat, perhubungan itu tidak lama kerana kata orang personalitinya tidak menarik. Dia pernah bercinta dengan anak menteri, anak Raja dan golongan kenamaan. Penampilan dan rupa parasnya memang on point. Di sebalik cerita penampilannya, wanita ini selalu meminjam beg-beg berjenama dari orang lain atau baju label pereka hanya untuk nampak dia setaraf dengan sosialit yang lain. Dan akhirnya dia berjaya berkahwin dengan putera idamannya. Tetapi menurut teman-temannya dia sebenarnya tertipu dengan kekayaan lelaki itu kerana itu semua adalah duit bapa si lelaki. Suami pula malas bekerja. Sudah 10 tahun berkahwin masih menumpang di rumah mertua kerana tidak mampu untuk tampung hidup sendiri. Anak pun sudah tiga orang. Suaminya malas bekerja akhirnya wanita ini buang angan-angannya untuk menjadi lady of leisure dan dia keluar berkerja.
 
Datin Seri ini amat popular dan disegani ramai. Dia adalah antara wanita yang bercita-cita besar. Kebetulan orangnya bijak dan di sekolahkan di sekolah pintar. Banyaklah anak-anak orang kenamaan di sekolah itu. Dari bangku sekolah lagi dia sudah target lelaki mana yang mahu dijadikan suami. Kriteria mestilah bijak dan dari golongan bangsawan. Di majalah tahunan sekolah dia akan bulatkan gambar lelaki idamannya di hadapan teman-temanya sambil berkata, “I must marry him!” Siapa sangka walau sudah berpuluh tahun terpisah dan dia sudah berkahwin pun dengan orang lain, tetapi dia masih nekad berkahwin dengan lelaki itu. Bermacam caralah dia berusaha memikat hati lelaki ini. Akhirnya mereka berkahwin hingga ke hari ini. Dan memang wanita ini hidup bermandikan wang. She is really faking it till she make it!
 
Cerita ini lebih kurang dengan kisah di atas. Satu waktu dulu Malaysia pernah digemparkan dengan kes pembunuhan wanita dengan tragis. Nak dijadikan cerita teman baik kepada mangsa ini memang sudah bertahun-tahun mendambakan peguam tersohor itu. Jadi wanita ini pun mainkan peranan besar untuk memberi butiran bagi membantu siasatan. Kata orang sambil menyelam minum air. Dalam pada itu wanita ini bersungguh-sungguh kononnya menolong siasatan sambil mengurat peguam itu. Perwatakan perihatinnya di atas kematian temannya akhirnya dia berjaya menjadi isteri nombor dua kepada Datuk!
 
Satu Datin ini, kalau bersembang dengan dia, macam dialah paling kaya. Rupa-rupanya sudah ramai yang tertipu dengannnya. Kononnya ada perniagaan yang seakan-akan Pandora. Sibuklah dia mencari jurugambar dan juruvideo, model, make up artist, hair stylist dan ramai lagi untuk produk gelang tangannya. Siapa sangka rupa-rupanya dia hanya perbodohkan semua orang dengan tidak membayar mereka walau sesen pun. Mahu letak iklan di majalah-majalah ternama, tetapi kesudahannya semua tidak berbayar. Datin-Datin Melayu sudah habis ditipu. Dengar khabar selepas dibenci ramai sekarang dia cuba menipu kekayaan dia dengan Datin-Datin Cina pula. Alahai berhenti sajalah.
 
Sosialit yang ini pula sanggup buang teman-teman yang tahu sejarah lamanya. Selepas membina imej baru, dia kini berkawan dengan orang-orang kelas atasan sahaja demi mahu dapatkan projek. Kelentong orang kononnya ada kelulusan Masters di Universiti Oxford tetapi bahasa Inggeris bersepah. Jika di gelanggang media sosial pula, banyak yang mengeluarkan post di Instagram dan Facebook dengan meletakkan post yang berbaur kemewahan dengan beg tangan Birkin, jam Patek Phillipe dan juga kereta berkuasa tinggi walhal kebanyakkannya adalah hasil pinjaman daripada kawan-kawan atau juga gambar yang diambil di butik. Ia adalah satu penipuan yang amat memalukan apabila melihat kehidupan wanita ini di media sosial yang melalui gambar-gambarnya dia adalah wanita kelas atasan rupa-rupanya semua Birkin yang di muatnaik bukanlah tulen. Namun di media sosial dia meraih ramai followers dan semuanya memuji koleksi beg-beg tangannya yang mahal belaka. Gambar Birkin beraneka warna bersama outfit of the day manalah orang perasan original ataupun tidak. Sehinggalah satu hari teman saya terserempak dengannya di majlis, pecah tembelang apabila Birkinnya adalah fake!
 
Saya dikhabarkan yang salah seorang sosialit di ibu kota ini memalsukan status yang dia adalah keluarga Diraja. Wajahnya sentiasa ada di majlis terkemuka ibu kota. Kalau kerabat mestilah orang mahu menjemput. Sehingga ke hari ini masih ramai yang percaya Tengku ini adalah kerabat Diraja dari Timur. Walhalnya setiap acara Diraja di Timur kelibatnya tidak pernah kelihatan pun. Dan Tengku ini juga tidak pernah menceritakan mengenai salasilah keluarganya apabila diwawancara majalah. Dia akan cuba sedaya upaya menepis soalan itu.
 
Ada lagi yang mengaku kerabat tetapi sebenarnya bukan. Dia dikenali sebagai ‘princess’ yang berangan di Malaysia. Orang menggelarnya sebagai Princess Youtube. Penipuan yang dilakukan juga terlalu banyak. Dia pernah membuat kenyataan yang dirinya adalah member of billionaire club. Memiliki syarikat gah dan sebagainya. Dengan nama pangkatnya yang begitu panjang direka, ramai yang sudah tertipu dengan melabur wang di syarikatnya. Duit yang ditipu itu dia akan berjoli di luar negara.
 
Pun begitu saya percaya istilah ‘fake it till you make it’ ini tidak salah seratus peratus, sekiranya tujuannya adalah untuk sesuatu perkara yang baik. Mungkin untuk membina keyakinan diri atau mengejar pekerjaan impian. Pendapat peribadi saya, tidak kira sama ada kaya atau  miskin, kita semua hanyalah manusia biasa yang punya naluri dan perasaan. Jika luhur hati seseorang itu, nescaya dia akan diterima oleh sesiapapun. Cumanya dunia hari ini, hati manusia buta untuk menilai keluhuran budi, hanya pangkat dan status  yang  disanjung tinggi.

See also
Ikon Fesyen: Giovanna Battaglia