Mawar Proehoeman: Eat, Sleep, Gym, Repeat! - Glam Malaysia

Mawar Proehoeman: Eat, Sleep, Gym, Repeat!

mawar2

Mawar Proehoeman sudah sinonim dengan industri fesyen. Menjawat jawatan Pengurus jualan di Aseana membuatkan dia begitu arif dalam soal trend fesyen terkini yang mendominasi pentas runway setiap musim. Hari itu, gaya santainya yang mengenakan dress polos rona putih bersama sneakers putih memberi imej resort pada look keseluruhannya. Kebetulan pada hari itu Mawar tidak berapa sihat, mujur suite yang disediakan The Royale Chulan Damansara cukup selesa untuk istirehat sebelum sesi fotografi bermula.

 

Orangnya kelihatan pemalu pada mulanya tetapi apabila sudah mula berbual dia menjadi peramah. “Saya orangnya easy going dan peramah, cumanya kadang-kadang itu saya akan bersikap reserved. Depending on the person mungkin!” Mawar cuba menjelaskan personalitinya. Tetapi walaupun dalam keadaan demam Mawar masih punya tenaga untuk menguntumkan senyuman pada setiap kru.

 

Ibu tunggal kepada dua anak perempuan iaitu Hamidah Jemima, 11, dan Leila Jehan,5 membuat dia merencana tugasannya sebaik mungkin sebagai ibu dan masa sama bekerja di gelanggang fesyen. Kehidupan sosial dulunya terpaksa ditolak ke tepi demi memberi perhatian sepenuhnya pada anak-anaknya. Tetapi kini, semenjak anak-anaknya sudah besar, barulah Mawar memberi ganjaran buat dirinya dengan keluar untuk sesi girls night out dan mengembara bersama teman-teman baik. Sama seperti Nadia, percutian di Maldives sempena menyambut hari lahir Nadia menebarkan rasa bahagia pada dirinya. Kata Mawar dia suka segala-galanya yang ada di sana. Orangnya, suasana di sana, semuanya indah belaka menurut Mawar. Kembaranya baru-baru ini di Koh Samui mampu meleraikan segala kekusutan di benak fikirannya.

See also
"Saya Pasang Impian Mahu Menjadi Atlet Professional" - Siti Safiyah

 

Merisik rutin hariannya, Mawar laju bercerita. “I’m quite the travel bug. And I travel a lot with friends as much as I can. Satu hari nanti saya mahu ke Iceland dan melihat sendiri the Nothern lights. Waktu saya padat! Senantiasa berkejaran antara menguruskan sekolah anak-anak, kerja, memasak dan tentunya masa kualiti buat diri saya adalah di gym. Hobi saya setiap hari eat, sleep, gym and repeat! Haha!” jelasnya berseloroh. Untuk kekalkan tenaganya, dia mengambil vitamin C, vitamin E, kalsium, magnesium dan minyak salmon. Kata Mawar, sejak dia mengamalkan senaman secara konsisten, badan berasa ringan serta lebih cergas. Fitness umpama ketagihannya kini. Dalam seminggu pasti dia akan ke Fuel Athletics untuk latihan crossfit selain turut aktif dengan latihan kick boxing dan aerobics. Empat kali seminggu dia ada sesi senaman bersama jurulatih peribadi. “Apa yang saya amalkan apabila setiap hari bersenam, saya akan rehatkan tubuh untuk satu ke dua hari bagi memulihkan sengal-sengal pada otot. My goal is to get really toned and have six packs.”

 

See also
Losyen Ajaib Meremajakan Kulit Wajah

Menurut Mawar lagi, setiap hari dia akan cuba kawal nafsu dengan clean eat. Dia akan menyukat pemakanannya dengan kandungan karbohidrat dan protein yang seimbang. Mawar akui ada masa dia akan beri ganjaran pada dirinya untuk memakan apa saja tanpa rasa bersalah. Ia dipanggil cheat days.” “Mengawal selera makan dan bersenam dengan konsisten bukanlah semudah yang anda dengar. Saya kalah dengan biskut coklat. The struggle is real, tetapi sebaik tubuh anda terbiasa and start seeing results, you just want to keep on going! Tetapi berpada-padalah, jangan terlalu ekstrem, anda kena tahu tahap ketahanan dan stamina tubuh anda untuk lakukan sesuatu aktiviti itu,” jelasnya lagi.

 

Menjadi ibu bukanlah suatu tugas yang mudah, tambahan Mawar, 34, adalah ibu tunggal. Dia akan cuba curahkan segala yang terbaik agar anak-anaknya tidak berasa kekurangan. Ada waktu terluang mereka akan menyanyi dan menari bersama, membeli-belah, berkelah dan menghabiskan masa di kolam renang. Jika ada cuti panjang pastinya anak beranak ini bercuti ke luar negara. Demi mahu mengambil hati anak-anaknya, Mawar berjinak-jinak di dapur dan kini boleh dikatakan dia hebat di dapur. Antara yang sering dimasak untuk anak-anaknya ialah lasagna, beef stew, ayam panggang dan segala jenis masakan pasta.

See also
Neelofa Raih Anugerah Di Monte Carlo, Monaco!

 

Mawar seronok bercerita mengenai dua anak perempuannya yang nyata mempunyai perwatakan berbeza. Anak sulungnya, Hamidah Jemima digambarkan seorang gadis yang pintar, penyayang, mudah mesra dan mempunyai perasaan ingin tahu yang tinggi. “She’s a social butterfly in school. Jemima juga sangat pandai menjaga anak kecil. Kakak yang boleh diharap,” ujar Mawar. Anak bongsunya, Leila Jehan karakternya agak diva tetapi si kecil ini seorang yang penyayang. Sifatnya yang amat mengambil berat mengenai ibunya membuatkan Mawar tersentuh. “Ramai teman yang kata Leila banyak ikut saya. Dia suka menyanyi dan menari seperti saya! It takes a while for her to warm up with people she’s not familiar with. Tetapi kalau dah kenal letih pula nak melayan kerenahnya!”