10 Soalan Bersama Nikky Azura - Glam Malaysia

10 Soalan Bersama Nikky Azura

Nikky Azura

Gambar: Arkib GLAM


 
Nik Azura Nik Aminaldin atau lebih dikenali sebagai Nikky Azura,31, ini adalah pengasas Nailsmith Spa & Bar di Publika. Empunya diri menyimpan cita-cita untuk mengembara dunia hingga ke hari tua bersama suami, Erwan Datuk Azizi, 33, dan anak-anaknya Idris Shah Petra, 4, Ratu Adinda, 3, serta kembar Iman Ivanna dan Iman Ivanya, 2. Di waktu lapang Nikky akan sibuk di dapur mencuba resipi baru untuk dimasak khas buat suami
dan anak-anak.
 
1. Harapan pada wanita Malaysia?

Saya mahu melihat kaum wanita menceburi diri dalam bidang keusahawanan be it online or offline!
 
2. Ikon?

Oprah Winfrey. She has credibility, she has talent and she has done it on her own to become fabulously wealthy and powerful.
 
3. Nasihat paling bernilai?

Kedua-dua ibu bapa sering mengingati saya untuk menghormati dan berkelakuan baik kepada sesiapa sahaja tidak mengira darjat, bangsa atau agama. Semua manusia berhak mendapat layanan yang baik.
 
4. Kecantikan wanita terletak pada…

See also
OBSESI GLAM: Marini Ramlan

Hati.
 
5. Tips cantik?

Lupakan sebentar mengenai produk kecantikan yang bernilai ribuan ringgit. Yang paling penting ialah membasuh muka sebelum tidur dan mengamalkan minum air suam.
 
6. Perkara paling ditakuti?

Two-faced people and reptilians!
 
7. Lokasi percutian pilihan?

London! Di sanalah saya bertemu jodoh dengan suami dan London juga syurga membeli-belah!
 
8. Masakan yang anda handal memasak?

Masakan melayu tradisional seperti ayam masak merah, masak lemak cili padi, anything bercili dan pedas! Saya gemar memasak. It’s a form of therapy.
 
9. Tiga item yang mesti dibawa ke mana-mana?

Telefon bimbit, eye liner dan glos bibir.
 
10. Diri anda 10 tahun dari sekarang?

Saya berharap dapat melebarkan sayap dalam bidang keusahawanan ke tahap yang lebih tinggi. Insya-Allah.