OBSESI GLAM: Mustasha Musa - Glam Malaysia

OBSESI GLAM: Mustasha Musa

GLAM selongkar citarasa gaya peribadi arkitek muda, Mustasha Musa.

2

 

Gaya harian paling sempurna buat seorang arkitek?
 
Sejujurnya anda perlu sarungkan ceraian yang paling selesa dan sentiasa ambil tahu apa agenda yang akan berlaku pada hari itu. Saya selalunya akan mula merancang apa yang hendak dipakai beberapa hari sebelum. Setiap acara seperti temu janji dengan klien, mesyuarat, menghadirkan diri ke konferensi atau ke tapak pembinaan memerlukan jenis pakaian yang berlainan dan semua ini memerlukan pelan stail berbeza. Kunci gaya saya adalah ‘appropriation is beauty’.

 

Aksesori paling penting adalah?
 
Bagi saya setiap wanita memerlukan seutas jam tangan yang bagus. Mungkin kerana kerjaya sebagai arkitek memerlukan saya sentiasa peka dengan jadual serta waktu yang telah ditetapkan oleh klien. Sejujurnya saya tidak suka terlewat dengan waktu yang telah ditetapkan. Selain itu gerobok fesyen saya lebih dipenuhi dengan kasut dalam pelbagai rekaan!

 

[soliloquy id=”52730″]

See also
Riasan Wajah Lebih Berseri Dengan Cosme Decorté

 

Pesanan fesyen terbaik yang boleh berkongsi dengan wanita lain?
 
Terus kekal menjadi diri anda sendiri! Usah berlakon untuk memainkan watak orang lain. Sarungkan helaian yang memberi keselesaan maksimum. Sangat penting memilih gaya yang mampu menjerit rasa keyakinan yang tinggi. Setiap orang mempunyai keunikan yang tersendiri. Kerjaya dalam lapangan kreatif memberi peluang kepada anda untuk ekspres gaya tersendiri. Ia juga memberikan refleksi kepada kerjaya anda.