Kebaikan Yoga Untuk Kesihatan - Glam Malaysia

Kebaikan Yoga Untuk Kesihatan

ISS_0893_04397

Gambar: INGimage


 
Yoga mempunyai kelebihan tersendiri dalam menjaga kesihatan tubuh badan kita. Ini kerana yoga merupakan aktiviti yang menyihatkan tubuh badan secara fizikal dan mental.
 
Yoga juga mudah diamalkan di rumah pada bila-bila punya waktu yang terluang. Namun, melakukan yoga sendiri di rumah agak bahaya kerana sesetengah postur yoga yang ingin dilakukan mungkin agak berisiko.
 
Kini, sudah banyak aktiviti-aktivit yoga yang dijalankan di gim juga pusat yoga sendiri. Terdapat banyak kebaikan yoga yang boleh mengekalkan kecantikan luar dan dalam tubuh badan kita.
 
Tingkatkan Imuniti.

Antara posisi yoga yang boleh meningkatkan imun sistem tubuh badan adalah dengan melakukan Wheel Pose yang terbukti dapat menguatkan otot di bahagian perut, merangsang tiroid dan kelenjar pituitary yang boleh meningkatkan daya ketahanan tubuh badan. Malah, posisi ini juga turut membantu dalam menjadikan badan lebih fleksibel.
 
Kurangkan Migrain

Yoga juga terbukti berkesan dalam mengurangkan kesakitan migrain yang dihadapi sekiranya anda kerap melakukan aktivit yoga selama tiga bulan. Antara posisi yang boleh dilakukan untuk menangani masalah migrain adalah dengan melakukan Downard Dog Pose. Posisi ini dapat membantu untuk meningkatkan aliran darah ke otak sekali gus merehatkan tekanan di bahagian kepala anda.
 
Tidur Nyenyak

See also
Horologi GLAM: Age of Opulence

Menurut kajian yang dilakukan oleh Universiti Harvard mendapati bahawa dengan mengamalkan senaman yoga selama lapan minggu dapat meningkatkan kualiti tidur yang baik bagi mereka yang mengidap insomia. Masalah tidur berpunca daripada otak yang berfungsi lebih kerap sehingga tidak dapat merehatkannya. Antara posisi yoga yang baik untuk melancarkan tidur adalah seperti Child Pose yang membantu merehatkan minda serta melegakan tekanan di dalam badan. Tarik nafas sedalamnya bagi melancarkan peredaran darah dalam tubuh badan.
 
Sumber: EH!