Datin X: Datuk Curang Datin Pun Curang Dengan Izin - Glam Malaysia

Datin X: Datuk Curang Datin Pun Curang Dengan Izin

DatinX8

Gambar: Arkib GLAM


 
Datin X ini bukanlah jenis mak Datin yang suka bersosial sangat. Masa Datin X ni terhad. Mahu uruskan Datuk lagi, anak-anak lagi yang semuanya masih bersekolah, jadi memang tak cukup tangan. Jadi bila ada peluang mengopi dengan mak-mak Datin lain, macam-macam lah story diorang update pada Datin X. Datin Jun ini baik orangnya, Datin X boleh tahan rapat lah dengannya. Kami selalu kongsikan masalah rumahtangga dan berbincang bagaimana mahu ambil hati suami dan sebagainya. Cumanya cerita Datin Jun pada Datin X dan teman-teman lain pada hari itu membuatkan luruh jantung kami semua mendengarnya. Memang apa yang dilakukannya itu jauh tersasar dari pangkal agama.
 
Benar semua yang mendengar cerita Datin Jun itu melopong mulut dek kerana terlalu terkejut! Mana taknya kata Datin Jun dia dan suaminya, Datuk Johar menjalinkan hubungan asmara dengan pasangan suami isteri lain. Datin X pun kenal dengan pasangan suami isteri itu Azlin dan Bob. Kiranya cerita Datin Jun ini, dia dan suami masing-masing bertukar pasangan dengan Azlin dan Bob. Aduh sesak nafas Datin X mendengarnya. Dulu pernah juga terdengar cerita yang lebih kurang seperti ini, tetapi itu cerita lama tak sangka zaman sekarang masih ada yang melakukan hal seperti ini.
 
Sambung cerita Datin Jun lagi, semuanya bermula apabila dia dan Datuk Johar pergi business trip di luar negara bersama Azlin dan Bob. Ini bukan pertama kali mereka semua ke luar negara untuk perniagaan bersama. Satu malam, keempat-empat mereka mabuk teruk di kelab malam. Dalam keadaan mabuk itu, tiba-tiba sahaja tangan Bob menjalar ke buah dada Datin Jun. Mulanya memang sedikit terkejut, tetapi Datuk Johar pun mulakan langkah dengan memeluk pinggang Azlin di depan matanya. Apa yang berlaku malam itu ialah kedua-dua pasangan ini berzina dengan bertukar pasangan.
 
Kata Datin Jun lagi, pada keesokan harinya dia sangat panik kerana berada dalam dakapan Bob tanpa seurat benang. Dia terus menelefon suaminya dan cuba meminta maaf tetapi Datuk Johar mematikan percakapannya dengan berkata, “Its okay dear, whatever happen in London stays in London.” Dan Datuk Johar terus mengajaknya dan Bob untuk bersarapan pagi bersama Azlin. Mulanya memang kekok, tapi lama-kelamaan mereka buang perasaan kekok dan pura-pura tiada apa yang berlaku. Dua minggu di London, suami Datin Jun ialah Bob dan isteri Datuk Johar adalah Azlin.
 
Apabila pulang ke tanah air, Datin Jun mengeluh, jujurnya dia berasa sedih dan kosong jiwanya kerana terpaksa kembali kepada rutin hidup hariannya. Yang benarnya tiada lagi Bob untuk menggembirakan hatinya. Semakin hari hubungan Datin Jun dan Datuk Johar semakin hambar. Bukan mereka tidak mencintai satu sama lain, cuma kata Datin Jun their relationship has no spark at all, no matter how hard they’ve tried. Kami yang di meja lagi tergamam apabila Datin Jun membuat pengakuan yang Bob sangat hebat di ranjang. Dia amat puas dengan prestasi Bob. Dalam hati Datin X mungkin juga kerana sudah bertahun-tahun dengan lelaki yang sama dan apabila dapat lelaki baru tentunya syok dan lebih indah!
 
Tiga bulan selepas itu, Datuk Johar tiba-tiba meluahkan perasaan, “Is it okay if we continue on what we did in London? I rindu Azlin la.” Bukan marah atau sakit hati mendengar itu dari mulut Datuk Johar tetapi Datin Jun seperti mahu berteriak kegembiraan mendengar apa yang diucapkankan suaminya itu. Setelah menghubungi Azlin dan Bob mereka berdua juga bersetuju. Datuk Johar dan Datin Jun tetapkan dalam seminggu, dua kali mereka akan bertukar pasangan dengan Azlin dan Bob. Dan dua hari itu mereka akan check in di hotel terkemuka ibu kota.
 
Kata Datin Jun hubungannya dengan Datuk Johar semakin bahagia hari demi hari, tidak lagi hambar seperti dulu dan dia sudah mula menanam perasaan sayang pada Bob. Lebih gila dikatakan yang dia tidak mahu kehilangan Datuk Johar dan Bob dalam hidupnya. Anak-anak mereka langsung tidak tahu perbuatan terkutuk kedua pasangan ini. Mereka cuma tahu Azlin dan Bob adalah rakan baik ibu bapa mereka kerana selalu bertandang ke rumah. Itu memang kerja gila, apa akan jadi sekiranya Datin Jun kandungkan anak Bob atau Azlin kandungkan anak Datuk Johar? Minta jauh!
 
Mak-mak Datin lain di meja itu semuanya terkelu lidah, Datin X beranikan diri juga untuk menasihatinya agar berhenti dengan perbuatan terkutuk itu dan bertaubat. Walaupun Datin X tahu ia akan mengecilkan hatinya. Tetapi Datin X tidak mahu sama terbabit dengan perbuatan zinanya itu. Datin Jun naik angin kerana katanya kubur lain-lain jadi tak payah nak ceramah agama “I am here just to share stories and have a good time with you guys!” Bila tengok dia naik hantu masing-masing terkulat-kulatlah di kafe.
 
Sejak daripada itu, Datin Jun menjauhkan diri daripada Datin X, kalau ada sesi kopi-kopi sekiranya Datin X ada dia tidak akan hadir. Memang Datin X agak sedih kerana kehilangan teman yang begitu baik dengan Datin X. Sebagai teman Datin X cuma mampu berdoa dari jauh agar dia berubah. Whatsapp Datin X pun sudah di blocked. Memang langsung tak dapat berhubung dengannya. Datin X hanya mendengar khabarnya melalui teman-teman lain. Apa yang disampaikan pada Datin X dia masih tidak berubah dan kedua pasangan itu terus hanyut dengan zina.

See also
Personaliti GLAM: Datin Sri Julie Zulaiha